web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Perak Catat Kemenangan Pertama Di Laman Sendiri, Sabah Tumbang Di Selayang

Sukan Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2024 8:13AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perak FC akhirnya berjaya melakar kemenangan sulung di laman sendiri dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Perak memanjat naik ke tangga ketujuh liga dengan mengumpul 12 mata daripada sembilan perlawanan, hanya empat mata di belakang pasukan ketiga Terengganu FC.

Pada pertembungan malam tadi, gol kemenangan skuad bimbingan Yusri Che Lah itu dijaringkan oleh pemain import Luka Milunovic pada minit ke-62 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separh masa pertama.

Di babak kedua, KL City memperoleh peluang keemasan namun penjaga gol Perak Muhammad Haziq Nadzli berjaya menyelamatkan percubaan Brendan Gan.

Terdahulu PDRM FC turut mengutip kemenangan keempat Liga Super selepas mencipta kejutan ke atas Sabah FC 1-0 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini.

Selepas aksi separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, kedua-dua pasukan terus buntu mencipta gol sehingga penyerang import Ifedayo Olusegun meledak gol kemenangan PDRM pada minit ke-80 untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat pasukan.

PDRM kini di kedudukan keenam liga dengan mengumpul 14 mata selepas mengharungi 10 perlawanan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Bonjour! Paris: Perasmian Sukan Olimpik 2024 Unik Dan Luar Biasa

3

Sukan 2 bulan yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki