web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


CIMB Preferred Anjur Bazar Siberturahim Fashion Fest Untuk Kali Kedua

Bertemakan ‘Pemerkasaan Ekonomi’ #EmbraceEquity, platform fesyen dan gaya hidup utama CIMB terus memangkin pemerkasaan ekonomi untuk PKS dan individu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 8:00AM

Barisan jenama yang memeriahkan acara ini bukanlah nama-nama yang asing dalam industri fesyen tempatan, sebaliknya sudah punya nama dek kejayaan demi kejayaan yang diraih - Gambar ihsan CIMB

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad pada baru-baru ini telah melancarkan edisi kedua Bazar Siberturahim Fashion Fest, sebuah acara fesyen dan gaya hidup yang dipersembahkan oleh CIMB Preferred. 

Penganjuran kali kedua ini berikutan kejayaan yang raih pada 2022. Edisi tahun ini mempersembahkan pratonton eksklusif koleksi Raya dan bazar yang reka khas untuk memberikan pelanggan dan pengunjung pengalaman membeli-belah gaya hidup yang unik.

Acara yang bertemakan Pemerkasaan Ekonomi #EmbraceEquity itu berlangsung selama empat hari bermula dari 2 Mac hingga 5 Mac, bertempat di Galeri Antarabangsa KLGCC Hartanah Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Omar Ali
Omar Ali

Barisan jenama yang memeriahkan acara ini bukanlah nama-nama yang asing dalam industri fesyen tempatan, sebaliknya sudah punya nama dek kejayaan demi kejayaan yang diraih.  

Antara jenama yang ditampilkan ialah Radzuan Radziwill, 3thelabel, Bahari Asyek, Anuar Faizal, CARRO, Larney, LILIT., Omar Ali, Pink Jambu, NR Exclusive, dan Sri Candy, bersama-sama jenama gaya hidup, seperti Raida, MyMutiara, Mah Meri dan Gentleman's Tonic.

Bazar Siberturahim Fashion Fest oleh CIMB Preferred berfungsi sebagai inisiatif utama dalam menyampaikan penyelesaian kewangan komprehensif kepada pelanggan CIMB yang baru muncul dan mewah dalam pendekatan holistik dan bersasar.

Sebagai tambahan, acara tahun ini turut membabitkan beberapa siri ceramah dan bengkel yang memfokuskan kepada hibah, takaful dan harta pusaka, memberikan peluang kepada pelanggan CIMB Preferred dan pengunjung lain untuk mengetahui lebih lanjut tentang ketiga-tiga perkara terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, pesta Fesyen Bazar Siberturahim adalah inisiatif utama kumpulan CIMB yang bertujuan untuk memperkasakan perniagaan milik usahawan tempatan. Ini kerana situasi ekonomi masih belum berada di tahap terbaik akibat pandemik COVID-19.

Pink Jambu
Pink Jambu

“Kami berbesar hati membawakan edisi tahun ini dengan pendekatan yang menarik untuk pelanggan dan pengunjung, serta pemilik perniagaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kekayaan menurut Islam dan perancangan aset daripada pakar dan pemilik perniagaan terkenal tentang cara meningkatkan potensi ekonomi mereka ketika mereka menempuh perjalanan hidup dan perniagaan.”

“Kami berharap program sebegini dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun agar mampu memajukan industri kreatif Malaysia dan menawarkan pengalaman yang mengasyikkan untuk semua pelawat, terutamanya pelanggan CIMB Preferred kami,” ujar beliau.

Bazar Siberturahim Fashion Fest kini masih berlangsung sehingga jam 7.00 malam hari ini (5 Mac). Pengunjung boleh rebut peluang untuk mendapatkan koleksi pakaian terbaharu daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian. 

Mungkin boleh buat persediaan awal untuk sambutan Aidilfitri tahun ini. Semua pemegang kad CIMB boleh menikmati diskaun eksklusif sehingga 15% untuk jenama yang mengambil bahagian. Selain itu, diskaun ini juga terpakai untuk membeli-belah secara dalam talian (di platform beli-belah jenama terlibat) sehingga 31 Mei 2023. 

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan promosi, sila layari https://www.cimb.com.my/Raya. Terma dan syarat dikenakan untuk semua promosi yang ditawarkan. - Getaran, 5 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 2 bulan yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Muzik 3 bulan yang lalu

Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara