web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Ramai Yang Obes, Jom Turunkan Berat Badan Bersama Amway

Amway melancarkan program pengurusan berat badan di seluruh negara, menumpukan pada kesihatan usus bagi menangani penyakit tidak berjangkit.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 4:06PM

Diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan obesiti merupakan masalah kesihatan yang semakin meningkat bagi kebanyakan rakyat Malaysia - Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2019, dianggarkan 1.7 juta rakyat Malaysia mempunyai tiga faktor risiko utama penyakit kardiovaskular, manakala 3.4 juta rakyat Malaysia mempunyai dua faktor risiko utama. 

Selain itu, tinjauan ini juga mendapati bahawa lebih kurang satu daripada lima orang dewasa Malaysia menghidap diabetes, satu daripada tiga menghidap hipertensi, dua daripada lima menghidap kolesterol tinggi dan hampir separuh mengalami sama ada berlebihan berat badan atau obes. 

Diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan obesiti merupakan masalah kesihatan yang semakin meningkat bagi kebanyakan rakyat Malaysia sebagaimana ditunjukkan oleh statistik yang membimbangkan. 

Kempen “Gut Reset-Weight Management” menumpukan terutamanya pada usus yang sihat kerana ia merupakan petanda kritikal terhadap berat badan yang sihat dalam jangka panjang - Gambar hiasan Pexels
Kempen “Gut Reset-Weight Management” menumpukan terutamanya pada usus yang sihat kerana ia merupakan petanda kritikal terhadap berat badan yang sihat dalam jangka panjang - Gambar hiasan Pexels

Peka dengan keadaan semasa, Amway Malaysia komited untuk memperkukuhkan lagi usahanya dalam menangani penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease, NCD) termasuk tumpuan utamanya pada pengurusan berat badan dengan melancarkan kempen pendidikan dan kesedaran ‘Gut Reset-Weight Management’ di seluruh negara. 

Ini adalah selaras dengan usaha Amway Malaysia demi menyokong penekanan Malaysia ke arah penjagaan kesihatan pencegahan kerana NCD yang semakin meluas ini mengakibatkan peningkatan tekanan ke atas sistem kesihatan negara dengan kos penjagaan kesihatan yang melebihi RM9.65 bilion. 

Pengarah Urusan Amway Malaysia, Michael Jonathan Duong berkata, sebagai respons kepada strategi kerajaan bagi menyokong usaha memerangi penyakit tidak berjangkit,  Amway sebagai syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, mengiktiraf peranan kritikal sektor swasta dalam menangani kebimbangan kesihatan negara kita.”

Michael Jonathan Duong - Gambar ihsan Amway
Michael Jonathan Duong - Gambar ihsan Amway

“Amway Malaysia sedang meningkatkan usaha untuk menyediakan produk dan penyelesaian gaya hidup yang lebih sihat melalui kempen pendidikan dan kesedaran “Gut Reset-Weight Management” yang bermatlamat untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat bagi menghindari risiko penyakit tidak berjangkit,” ujar Duong ketika majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini. 

Sebagai jenama terunggul Amway, Nutrilite™ menawarkan rangkaian suplemen nutrisi dan dietari yang membantu menambah baik kesejahteraan keseluruhan.

Kempen “Gut Reset-Weight Management” menumpukan terutamanya pada usus yang sihat kerana ia merupakan petanda kritikal terhadap berat badan yang sihat dalam jangka panjang. 

Kempen tersebut meliputi program pengurusan berat badan diperibadikan dan keperluan nutrisi termasuk diet yang seimbang, suplemen, senaman dan perubahan gaya hidup yang menyeluruh. 

Program ini juga bertujuan untuk menyediakan nutrien harian yang penting dan serat yang diperlukan oleh seseorang untuk kawalan berat badan keseluruhan. 

Selain itu, program tersebut menawarkan saringan kesihatan individu melalui usahasama eksklusif bersama Innoquest Pathology, yang telah beroperasi di Malaysia selama lebih 30 tahun. 

Nutrilite™ menawarkan rangkaian suplemen nutrisi dan dietari yang membantu menambah baik kesejahteraan keseluruhan - Gambar ihsan Amway
Nutrilite™ menawarkan rangkaian suplemen nutrisi dan dietari yang membantu menambah baik kesejahteraan keseluruhan - Gambar ihsan Amway

Pelancaran kempen ‘Gut Reset-Weight Management’ merupakan inisiatif penting bagi Amway Malaysia pada tahun ini, mengukuhkan lagi kedudukan pasaran Nutrilite™ di peringkat global selama hampir 90 tahun. 

Menangani NCD merupakan salah satu daripada teras utama Amway Malaysia untuk 2023, dirujuk sebagai inisiatif ‘Big Health’. Amway Malaysia akan terus menawarkan penyelesaian produk yang menerapkan teknologi serta bergantung pada penyelidikan yang kukuh bagi menyokong gaya hidup lebih sihat untuk rakyat Malaysia dengan peningkatan tumpuan pengguna pada kesihatan dan kesejahteraan.

 

Menyokong Pemilik Perniagaan Amway 

Dalam perkembangan lain, untuk 2023, tumpuan kedua Amway Malaysia ialah membangunkan model keusahawanan yang lebih mampan bagi menyokong ‘Pemilik Perniagaan Amway’ (Amway Business Owner) demi memacu pertumbuhan perniagaan Kumpulan. 

“Salah satu daripada aspek penting perniagaan kita ialah mengekalkan dan membangunkan usahawan Amway. Kita berusaha untuk menyokong ‘Pemilik Perniagaan Amway’ dalam perjalanan keusahawanan ke arah menjana pendapatan mampan serta mewujudkan nilai melalui perkongsian yang saling menguntungkan dengan membantu mereka menemui potensi sepenuhnya serta mencapai matlamat mereka,” ujar Duong.

Amway Malaysia mencatatkan rekod hasil baharu sebanyak RM1,514.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022), meningkat 1.9 peratus daripada RM1,485.9 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya. 

Sementara itu, keuntungan bersihnya mencatatkan pertumbuhan cemerlang sebanyak 109 peratus kepada RM76.88 juta berbanding RM36.78 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. - Getaran, 11 Mac 2023 

Foto : Amway Malaysia & Unsplash

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

TARA 9 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Hampir RM10 Bilion Dibelanja Bagi Penyakit Tidak Berjangkit - Dr Zaliha

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara