web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menyediakan Curriculum Vitae (CV) Merumitkan? - AI CV Maker Sedia Membantu Mereka Yang Ingin Cari Peluang Kerja 

Melalui aplikasi ini, anda tidak perlu bersusah payah untuk menghasilkan CV yang baik kerana AI CV Maker mampu memudahkan tugas anda menghasilkan CV secara digital hanya dalam tempoh beberapa minit.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 10:06AM

Gambar Hashim Communications

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Resume kerja adalah langkah yang wajib dibuat oleh individu yang sedang mencari peluang pekerjaan. Secara umumnya, ia adalah maklumat ringkas tentang diri. Namun  perlu diingatkan, pada zaman kini, menghantar resume semata-mata sahaja tidak mencukupi! 

Bagi memberikan lebih keyakinan kepada bakal majikan bahawasanya anda memang benar-benar bersedia untuk bekerja, resume perlu disusuli dengan curriculum vitae (CV).

Ia adalah maklumat yang lebih terperinci tentang diri serta penerangan ringkas tentang pengalaman pekerjaan anda sebelum ini. Banyak kerja bukan? Tunggu dulu! Kini anda tidak perlu bersusah payah untuk menghasilkan CV yang baik kerana AI CV Maker boleh memudahkan anda!

AI CV Maker adalah sebuah platform teknologi yang dibangunkan oleh Krenovator Technology Sdn. Bhd. (Krenovator) membolehkan anda menghasilkan CV secara digital hanya dalam beberapa minit. Ia turut disokong dengan bantuan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) dengan cara yang tidak rumit.

Selain memaparkan CV secara online dalam platform Krenovator ini, AI CV Maker juga menghasilkan CV yang mematuhi format Applicant Tracking System atau ATS yang boleh dimuat turun oleh pengguna. 

Tambahan lagi, secara rasmi platform ini sudah boleh di akses di seluruh dunia tanpa sebarang bayaran. Jadi ringanlah sedikit bebanan pemohon-pemohon kerja yang lain.

Melahirkan kegembiraannya mengenai pelancaran AI CV Maker, Ketua Pegawai Eksekutif Krenovator, Mahadhir Yunus, berkata, mewujudkan CV yang menarik perhatian pengurus pengambilan pekerja adalah suatu cabaran biasa yang dihadapi oleh ramai bakat teknologi. 

“Menyedari hakikat inilah, kami terdorong untuk menawarkan pembuat CV berkuasa AI melalui platform kami, dengan kelebihan menghasilkan CV yang berformat ATS,” jelasnya.

CV format ATS adalah penting kerana ia memudahkan pengguna Krenovator yang mencari pekerjaan jarak jauh untuk berkongsi butiran kelayakan dan latar belakang mereka dengan menggunakan format yang memang diiktiraf dan diterima pakai oleh syarikat dalam mahupun luar negara.

Selain  itu, fungsi penting AI CV Maker ini juga membantu mengurangkan kesilapan, terutamanya dalam hal-hal tata bahasa. Sebagai tambahan kepada format PDF, setiap CV yang dihasilkan akan tersedia pautan khas khusus bagi memudahkan majikan mengaksesnya pada bila-bila masa dan dari mana sahaja. Contohnya: app.krenovator.io/cv/NAMA.

Jadi tiada alasan lagi untuk anda menyediakan CV bersama resume untuk memohon kerja. Pastikan resume anda lengkap dengan perkongsian pengalaman yang benar dan bukan palsu. Selamat mencari kerja! Maklumat lanjut, layari laman web krenovator.io. - Getaran, 27 Mei 2023 

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 bulan yang lalu

Tip Mencari Pekerjaan Di Zaman Serba Mencabar

2

Kolum 6 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

3

Teknovasi 7 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Serius Laksana Transformasi Digital Negara, Mahu Rakyat Sedar - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara