web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Siri Honor 200 Tampil Dengan Magic AI Experience, Ciri Foto Potret Paling Menonjol

Dilancarkan pada 19 Jun lalu, telefon pintar Flagship Estetik AI terbaharu Honor ini tampil dengan rekaan moden dan minimalis serta menggabungkan teknologi AI termaju. 

Teknovasi Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2024 9:04PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri Honor 200 yang dilancarkan pada 19 Jun lalu punya banyak keistimewaan yang boleh membuatkan pengguna telefon kelas pertengahan tersenyum gembira. 

Peranti baharu ini tampil dengan rekaan moden dan minimalis, serta menggabungkan teknologi AI termaju dengan fotografi potret klasik bagi menghasilkan fotografi bertaraf studio yang cantik pada telefon pintar.

Dengan kata lain, ia adalah peranti yang diidamkan oleh mereka yang gemar mengabadikan gambar-gambar potret untuk dijadikan koleksi fotografi.  

Tidak seperti pengeluar telefon pintar yang lain, Honor bergerak selangkah ke hadapan apabila menjalinkan kerjasama dengan Harcourt Studio yang merupakan sebuah studio gambar yang gah di Kota Paris. 

Kerjasama unik ini akhirnya menjanjikan pesona potret klasik yang seolah-olah dibidik menggunakan kamera canggih dari sebuah studio, hakikatnya potret hanya dirakam menggunakan siri peranti Honor 200.  

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa kamera utamanya menggabungkan lensa lebar 50MP, telefoto 50MP dan 12MP sudut lebar dengan OIS (optical image stabilization). Ini digandingkan kemampuan merakam video maksimum 4K/30FPS yang juga menyokong mod skrin bernisbah 21:9.

Lebih mengujakan, saiz rakaman gambar dengan nisbah 16:9 turut tersedia, tidak seperti peranti sedia adanya yang lain. Sebahagian besar mod kamera seperti Aperture, Night, Potrait, Photo, Video, Multi-video dan pro boleh diakses dengan mudah melalui antaramuka kamera. Pada bahagian hadapan pula, kamera 50MP + 2MP diletakkan di bahagian tengah.

Dengan keupayaan kamera ini, setiap gambar yang dirakam menghasilkan foto yang memuaskan. Warna-warna yang dihasilkan lebih terang dan bermaya berbanding subjek itu sendiri. Jadi, anda boleh bayangkan bagaimana hasil foto-foto yang dirakam jika anda membawa peranti ini mengembara ke destinasi idaman.

Satu lagi fakta yang anda mesti tahu ialah, peranti siri ini juga tampil ringan dengan berat hanya 187 gram dan setebal 7.7 milimeter, menjadikannya selesa di dalam genggaman. Malah, mudah digunakan dengan sebelah tangan, tanpa rasa terbeban. 

Tiada lagi kebimbangan mengenai percikan atau tumpahan air pada telefon. Anda boleh kekalkan gaya hidup aktif semasa dalam perjalanan kerana Honor 200 Pro juga adalah kalis air  habuk. 

Berikut adalah ciri-ciri Magic AI Experience baharu dan berkuasa yang ditonjolkan dalam Siri Honor 200.

1. Magic Portal (Eksklusif)

Magic Portal memahami dan mentafsir mesej dan tingkah laku pengguna dengan bijak, membawa mereka mencari item seperti alamat dan imej secara mudah dengan hanya menyeret dan melepaskannya daripada satu aplikasi ke aplikasi yang lain. 

Sebagai contoh, apabila pengguna menjumpai gambar pakaian yang cantik di media sosial, Magic Portal membolehkan mereka mencari item sama di platform e-dagang dengan sangat mudah hanya melalui satu seretan, menjadikan membeli-belah lebih mudah kepada pengguna.

2. AI Air Gesture

Kesan minyak pada skrin telefon biasa berlaku ketika menggunakannya sambil makan dengan tangan. 

Dengan ciri AI Air Gesture, pengguna boleh menala aplikasi pilihan ke atas dan ke bawah, menangkap layar, menukar kamera depan dan belakang, atau juga mengambil gambar menggunakan ciri ini tanpa perlu menyentuh paparan tersebut. 

3. AI Blur Private Info

Dalam era di mana media sosial menjadi sebahagian besar dalam kehidupan kita, sekeping imej boleh mendedahkan maklumat sensitif. Maka, amat penting untuk melindungi privasi pengguna. 

Honor mengutamakan privasi pengguna dengan memproses data pada peranti secara selamat dan melengkapi Honor 200 dengan Blur Private Info. Ciri ini mengaburkan maklumat sensitif seperti nama, kata laluan, dan maklumat perhubungan secara terus daripada menu Share sebelum imej dihantar.

4. Magic Capsule

Mengakses kepada ciri-ciri telefon yang biasa digunakan sering memerlukan beberapa sentuh untuk mengakses menu tambahan atau notifikasi. 

Magic Capsule membolehkan pengguna untuk hanya menekan pada notifikasi dan terus mendapat akses kepada maklumat relevan serta fungsi penting bagi tindakan segera tanpa perlu melayari pelbagai menu seperti pemasa, penggera,  rakaman layar, panggilan telefon dan banyak lagi.

5. AI Motion Sensing Capture (Eksklusif)

Dengan AI Motion Sensing Capture, HONOR 200 Pro mampu menangkap imej yang jelas dan teliti walaupun subjek sedang bergerak pantas. Mula diperkenalkan dalam siri Honor Magic5, ciri ini membolehkan momen potret yang pergerakan laju seperti menyepak, melompat atau menari ditangkap dengan kejelasan dan ketelitian yang lebih jitu. 

6. AI Natural Tone 2.0 (Eksklusif)

Sama ada dalam keadaan cahaya di kawasan luaran atau dalaman yang berbeza, melihat paparan telefon pintar dengan jelas boleh menjadi sukar. 

Siri HONOR 200 menangani masalah ini dengan AI Natural Tone 2.0. Ciri ini menyesuaikan suhu warna paparan berdasarkan cahaya persekitaran, memberikan pengalaman melihat paparan secara alami dan konsisten setiap masa. - Getaran, 15 Julai 2024

Foto : Honor (peranti)

Rahayu MN (pemandangan)

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 4 hari yang lalu

Tecno Pova 6 Pro 5G, Telefon Mampu Milik Untuk Kaki ‘Game’

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

POGS Tampil Dengan Fon Kepala Selamat Untuk Kanak-Kanak

3

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Si Pemboros Kena Muat Turun Aplikasi Urus Kewangan Ini

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 Untuk Pemenang Anugerah Honor Talents Global Design 2024 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

oleh Rahayu MN

Refleksi 7 jam yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN