web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 Untuk Pemenang Anugerah Honor Talents Global Design 2024 

Selain raih wang tunai, hasil-hasil seni pemenang akan dipamerkan di peringkat antarabangsa serta berpeluang mengikuti lawatan ke China

Teknovasi Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2024 3:28PM

HONOR Talents Global Design Awards 2024

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perhatian kepada pelajar universiti dan kolej tempatan! Ini ada berita baik untuk anda menambah dana pembelajaran atau menampung kos sara hidup. 

Anugerah Honor Talents Global Design 2024 baru saja membuka tirainya bagi menggalakkan bakat-bakat muda yang kreatif untuk menerokai potensi gabungan teknologi dan seni yang tiada tandingan. 

Bertemakan ‘Inspire the Future’, Honor Malaysia mempelawa pelajar universiti dan kolej tempatan untuk menyertai pertandingan berprestij ini. 

Pertandingan ini adalah hasil kerjasama di antara Honor Malaysia dengan institusi tempatan ATEC College, Era Technology Communication Art & Design, Multimedia University (MMU), Taylor’s University, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi memperkasakan pelajar mewakili negara dalam mempersembahkan gaya seni artistik yang paling inovatif di peringkat dunia.

Peserta boleh menghantar kerja seni mereka mereka ke laman sesawang rasmi Honor Talents Global Design Awards selewat-lewatnya pada 30 September hadapan dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah lebih RM547,000. 

Pemenang akan dipilih oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada jurugambar terkemuka dan profesional industri. 

Sebagai tambahan, Honor Malaysia juga akan menyediakan hadiah bernilai RM74,000 yang terdiri daripada telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai terbaharu Honor kepada pemenang.  

Honor 200 Pro terbaharu dalam warna Ocean Cyan menyerlahkan rekaan yang menawan dan canggih.
Honor 200 Pro terbaharu dalam warna Ocean Cyan menyerlahkan rekaan yang menawan dan canggih.

Tidak cukup dengan itu, kerja-kerja atau hasil seni pemenangjuga akan dipaparkan pada produk dan pameran antarabangsa Honor. 

Lebih mengujakan, pemenang juga mempunyai peluang pekerjaan, penggunaan kerja seni dalam produk dan pameran Honor, pensijilan pantas melalui program Developer Fast Track, serta jemputan ekslusif ke lawatan seni dan teknologi di China. 

Pertandingan Terbahagi Kepada Dua Kategori

Anugerah Honor Talents Global Design 2024 terdiri daripada dua kategori iaitu Rekaan Komunikasi Visual, serta Seni dan Teknologi. 

Kedua-dua kategori ini dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu Themes, Magic Lock Screen, Standby, Jam, Aksesori, serta Seni dan Teknologi. 

Kumpulan Magic Lock Screen dan Standby menumpukan kepada ciri-ciri terbaharu dalam sistem pengoperasian terkini Honor, MagicOS 8.0. 

Ini membolehkan pelajar menyerlahkan kreativiti mereka sepenuhnya, seterusnya menyampaikan pengalaman pintar dengan visual yang lebih canggih kepada pengguna.

Sejumlah 93 anugerah disediakan termasuk juara peringkat global, pemenang dan naib pemenang dalam setiap kumpulan, Anugerah Bakat Baharu Terbaik, Anugerah Pilihan Hakim, Anugerah Inovasi AIGC, dan Anugerah Penyertaan Interaktif Terbaik. 

Kerja Seni Pelajar Malaysia Dipamerkan Di Ibu Pejabat PBB Di New York

Pertandingan pada 2023 telah menyaksikan enam kerja seni dari Malaysia menerima enam anugerah antarabangsa. Dua daripada pemenang tersebut adalah dari UiTM, dan UTAR turut menyertai kerja seni bertemakan naga yang telah dipamerkan di ibu pejabat Pertubuhan Banga-bangsa Bersatu (PBB) di New York, awal tahun ini.

Sejak dilancarkan pada 2020, Anugerah Honor Talents Global Design telah mendapat pengiktirafan meluas sebagai salah satu inisiatif yang dihormati. 

Dalam tempoh lebih empat tahun, Honor telah menerima lebih 25,000 penyertaan daripada lebih 40 pasaran dan 240 universiti di seluruh dunia, dengan separuh daripada peserta terdiri daripada pelajar universiti, menjadikannya sebagai pentas dunia untuk bakat muda mempersembahkan keupayaan mereka. 

Memasuki tahun kelima, anugerah ini terus meraih pengiktirafan sebagai platform global terkemuka bagi penumpuan terhadap seni dan teknologi. 

Dengan kolaborasi bersama barisan pereka berbakat ini, Honor berhasrat untuk menyuntik konsep artistik termaju dalam produk teknologinya, memperkukuhkan lagi reputasi sebagai pelopor dalam industri.

Pemenang Anugerah Honor Talents Global Design 2024 akan diumumkan pada November 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari laman sesawang rasmi pertandingan. - Getaran, 22 Julai 2024

Foto : Honor Malaysia

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 4 hari yang lalu

Tecno Pova 6 Pro 5G, Telefon Mampu Milik Untuk Kaki ‘Game’

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

POGS Tampil Dengan Fon Kepala Selamat Untuk Kanak-Kanak

3

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Si Pemboros Kena Muat Turun Aplikasi Urus Kewangan Ini

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri Honor 200 Tampil Dengan Magic AI Experience, Ciri Foto Potret Paling Menonjol

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

oleh Rahayu MN

Refleksi 7 jam yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN