web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


POGS Tampil Dengan Fon Kepala Selamat Untuk Kanak-Kanak

Rangkaian fon kepala ini menampilkan teknologi canggih yang mengehadkan output bunyi kepada antara 70 dan 85 desibel

Teknovasi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2024 2:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

INEOS Styrolution, peneraju global bagi stirenik, baru-baru ini mengumumkan bahawa POGS, penginovasi bagi penyelesaian audio untuk pendengar muda, memilih versi ECO bagi salah satu daripada gred Novodur® berprestasi tinggi syarikat ini untuk rangkaian fon kepala baharu buat kanak-kanak.

Direka bentuk untuk menawarkan pengalaman mendengar paling selamat untuk telinga yang sensitif dan sedang berkembang, rangkaian fon kepala ini menampilkan teknologi canggih yang mengehadkan output bunyi antara 70 dan 85 desibel. 

Komited terhadap keselamatan, ketahanan dan inovasi yang mampan, POGS menawarkan fon kepala yang memberi inspirasi kepada keseronokan audio yang bertanggungjawab untuk generasi akan datang.

Novodur P2H-AT menggabungkan pemprosesan mudah, rintangan impak tinggi dan herotan haba dengan kemasan permukaan yang berkualiti tinggi. Ia menawarkan sifat-sifat mekanikal yang sangat baik dengan penampilan yang sangat estetik dan berwarna-warni. 

Bahan ini tersedia dalam pelbagai versi ECO mampan yang mengandungi 30, 50 atau 70 peratus sumbangan ABS(Acrylonitrile Butadiene Styrene) kitar semula mekanikal pasca pengguna.

Berbanding dengan Novodur P2H-AT yang dikeluarkan secara konvensional, tiga pilihan ini menawarkan pengurangan jejak CO2e masing-masing sebanyak 21, 38 dan 57 peratus.

Stok suapan Novodur ECO bersumberkan daripada WEEE (peralatan elektrik dan elektronik sisa), yang terdiri daripada terutamanya perkakas isi rumah dan alatan, televisyen serta komputer yang telah mencapai penghujung hayatnya.

Ketua Pemasaran di POGS, Adam de Beer berkata, pihaknya mahu menawarkan produk yang menjamin pengalaman audio yang paling selamat untuk pendengar muda, dan dalam masa yang sama meminimumkan impak alam sekitar.

“Matlamat kami adalah untuk menggunakan secara konsisten bahan berkualiti tertinggi, paling selamat dan paling mampan dalam produk kami. INEOS Styrolution terbukti merupakan rakan kongsi yang boleh diharapkan dalam membangunkan penyelesaian yang mantap dan tahan lama untuk produk terkini kami iaitu Gecko 2, Elephant 2 dan Turtle.

“Kami berasa gembira kerana perkongsian ini menghasilkan penyelesaian plastik yang selaras dengan komitmen kami terhadap keselamatan, ketahanan dan kemampanan,” katanya.

Pengurus Produk ECO EMEA, Dr. Christian Ruthard pula menambah, pihaknya amat gembira kerana dapat menawarkan pilihan kepada POGS.

“Ia bukan sahaja menjamin penampilan permukaan kelas tinggi, tetapi juga membenarkan pelbagai warna dalam produk akhir,” katanya.

POGS adalah jenama yang terkenal dengan penyelesaian audio untuk pendengar muda. Fon telinga POGS membawakan teknologi pengehadan volum termaju, memastikan tahap bunyi yang selamat untuk telinga yang sedang berkembang dengan volum maksimum 85 desibel. 

Diperbuat daripada bahan ringan, fleksibel dan kitar semula, fon telinga POGS menawarkan padanan yang tahan lama dan selesa untuk kanak-kanak dari semua peringkat usia. 

Barisan terkini ini termasuk model-model Elephant 2, Gecko 2 dan Turtle, tersedia dengan pilihan pembatalan hingar berwayar, tanpa wayar dan aktif. 

Rangkaian tanpa wayar berintegrasi dengan aplikasi POGS (tersedia melalui Google Play dan Apple App Store), menawarkan kawalan bunyi dan ciri-ciri keselamatan seperti masa mendengar dan pemantauan volum.

Dengan cekak kepala boleh laras dan pad telinga berkusyen, fon telinga POGS berkembang bersama-sama pengguna mereka, bagi menjamin padanan yang sempurna. 

Direka bentuk untuk audio luar biasa dan tanggungjawab terhadap alam sekitar, POGS terus memberi inspirasi kepada keseronokan audio yang bertanggungjawab untuk generasi masa depan. Maklumat lanjut dan belian boleh dilakukan di www.pogsheadphones.com. - Getaran, 12 Ogos 2024

Foto : POGS

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 4 hari yang lalu

Tecno Pova 6 Pro 5G, Telefon Mampu Milik Untuk Kaki ‘Game’

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Si Pemboros Kena Muat Turun Aplikasi Urus Kewangan Ini

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 Untuk Pemenang Anugerah Honor Talents Global Design 2024 

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri Honor 200 Tampil Dengan Magic AI Experience, Ciri Foto Potret Paling Menonjol

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

oleh Rahayu MN

Refleksi 7 jam yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN