web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tecno Pova 6 Pro 5G, Telefon Mampu Milik Untuk Kaki ‘Game’

Paparan pada telefon ini adalah terang dan sangat menakjubkan. Paparan warna yang terhasil juga ‘hidup’ dan inilah yang menjadikan pengalaman bermain anda lebih memuaskan

Teknovasi Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2024 1:40PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lain orang, lainlah keutamaannya apabila ingin membeli telefon bimbit. Ada yang mahukan sebuah telefon yang hanya untuk membuat dan menerima panggilan, ada yang mahukan yang tahan lasak, ada yang inginkan sebuah telefon pintar yang boleh melakukan pelbagai kerja, dan ada juga yang idamkan sebuah telefon untuk pengalaman permainan menyeronokkan.

Untuk anda yang sedang mencari telefon mampu milik dan mampu berikan kepuasan bermain, Tecno Pova 6 Pro 5G adalah adalah pilihan baik. Telefon ini memang sengaja direka untuk kaki game yang mencari-cari sebuah telefon yang ‘murah’ tetapi mampu memberi kepuasan ketika bermain. 

Berikut adalah sebab untuk anda memiliki Tecno Pova 6 Pro5G yang berharga RM999 ini. 

1. Rekaan Yang Menarik Perhatian

Biarpun murah, Tecno tidak mengabaikan rekaan telefon ini, Ia memberikan Pova 6 Pro 5 G rekaan yang futuristik tetapi cantik pada pandangan mata.

Bahagian belakang telefon dihiasi dengan pelbagai garis dan bentuk bersudut. Malah bentuk potongan kamera sepadan dengan estetika ini.

Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Comet Green dan Meteorite Grey yang tampil menawan dan boleh disesuaikan dengan personaliti seseorang. 

Selain itu anda juga boleh melihat spesifikasi bateri yang tertulis di bahagian belakang telefon. Jika anda melihat dengan teliti, anda juga akan melihat resolusi kamera utama.

2. Kualiti Binaan

Selalunya, kualiti binaan untuk telefon bimbit berharga di bawah RM1,000 agak mengecewakan dan ia jelas nampak ‘murah’, ringan dan dijangka tidak ‘berumur panjang’.

Bagaimana pula dengan Pova 6 Pro 5G ini? Masih menggunakan plastik untuk bahan binaannya, namun ia tampil kukuh jika anda seorang yang berhati-hati dan tidak cemerkap. Ketebalan telefon juga boleh diterima kerana ia masih boleh digenggam dengan baik. 

Tiga butang yang terletak di sebelah kanan telefon juga berfungsi dengan baik. Ia tidak berdecit, dan tidak perlu ditekan kuat untuk membolehkannya berfungsi. 

3. Paparan Yang Sangat Cantik

Paparan pada telefon ini adalah terang dan sangat menakjubkan. Paparan warna yang terhasil juga ‘hidup’ dan inilah yang menjadikan pengalaman bermain anda lebih memuaskan. 

Kecerahan panel telefon ini membolehkan anda melihatnya di bawah cahaya matahari dengan selesa. Walaupun ia bukanlah paparan paling terang di pasaran, tetapi ia lebih daripada cukup untuk dilihat pada waktu siang yang terik. 

Terdapat juga mod kecerahan tinggi yang akan meningkatkan lagi kecerahan skrin apabila anda berada dalam persekitaran yang sangat terang. 

Menyentuh sedikit tentang tona warna, kali ini Tecno menggunakan paparan AMOLED dan bukannya LCD, jadi terdapat perbezaan yang jelas dalam ketepuan warna. Warna yang dihasilkan oleh paparan ini cantik. 

Walau bagaimanapun, jika anda mahukan kontras warna yang lebih ekstrem, maka anda boleh gunakan mod ‘Bright Color’yang akan meningkatkan lagi ketepuan warna.

4. Pengalaman Permainan Yang Memuaskan

Kalau hendak tahu keupayaan sesebuah telefon untuk permainan, anda perlu buat ujian Genshin Impact. 

Daripada ulasan dalam talian yang dikongsi oleh ramai kaki game, prestasi permainan pada telefon ini adalah sangat memuaskan. 

Biarpun telah menghidupkan grafik sehingga tetapan tertinggi, dan menetapkan kadar bingkai maks kepada FPS, permainannya lancar! 

5. Bateri Dan Pengecasan

Telefon ini dilengkapi dengan bateri 6,000mAh yang besar, dan itu sangat jarang berlaku untuk telefon yang harganya di bawah RM1,000. Dengan bateri yang begitu besar, anda sudah boleh tahu bahawa jangka hayat sangat baik. 

Dengan bateri yang dicas 100 peratus penuh, anda boleh bermain sehingga 19 jam sebelum pengecasan semula. Pova 6 Pro 5G juga datang dengan pengecasan yang cukup pantas. 

Telefon ini dilengkapi dengan kelajuan pengecasan puncak 70W, dan ini bermakna anda boleh mengecas bateri sepenuhnya dalam masa kurang dari satu jam. Ia mungkin tidak terlalu mengagumkan berbanding telefon lain di pasaran, tetapi anda perlu ingat bahawa ini adalah bateri 6,000mAh yang lebih besar. - Getaran, 23 September 2024

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

POGS Tampil Dengan Fon Kepala Selamat Untuk Kanak-Kanak

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Si Pemboros Kena Muat Turun Aplikasi Urus Kewangan Ini

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 Untuk Pemenang Anugerah Honor Talents Global Design 2024 

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri Honor 200 Tampil Dengan Magic AI Experience, Ciri Foto Potret Paling Menonjol

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

oleh Rahayu MN

Refleksi 5 jam yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN