web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembangunan Kampung Baru: Setiap Langkah Berlandaskan Prinsip Jaga Kepentingan Melayu

Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 3:19PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menangguhkan beberapa program yang dilihat tidak akan mempertahankan kepentingan Melayu di Kampung Baru. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap kaedah atau langkah yang diambil dalam soal pembangunan Kampung Baru harus berlandaskan prinsip menjaga kepentingan wilayah Melayu negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, prinsip untuk mempertahankan kepentingan wilayah Melayu di ibu negara itu adalah perlu meskipun usaha berkenaan mengambil masa yang lama.

Anwar berkata, beliau telah memberi jaminan malah telah menangguhkan beberapa program yang dilihat tidak akan mempertahankan kepentingan Melayu di situ.

“Jadi bukan masalah beri jaminan tanpa tindakan. Tindakan sudah pun diambil sebab itu dari segi perumahan, dari segi gerai dan juga Smart City, semua itu dilakukan tanpa menjejaskannya.

“Semua keputusan dahulu yang selari dengan pendirian ini akan diteruskan tetapi semua dasar yang dikira menjejaskan kerangka besar dasar kita itu tidak akan diterima Jadi, itu sahaja jaminan yang dibuat, tunggu Insya Allah, saya akan buktikan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) berhubung jaminan kerajaan terhadap pembangunan Kampung Baru sebelum ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam), sama ada kerajaan bercadang meneruskan pembangunan Kampung Baru secara menyeluruh selaras dengan sasaran Kuala Lumpur Smart City 2030.

Beliau menambah, kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan pajakan (lease) bagi pembangunan kawasan tersebut yang dilihat boleh menjejaskan kepentingan orang Melayu.

“Walaupun hak milik itu kekal Melayu, tapi ‘leasing’ 60 tahun atau 90 tahun, ia tidak pertahankan kepentingan penduduk Melayu itu, sejak awal Penempatan Pertanian Melayu (MAS). MAS di Wilayah Persekutuan itu harus dipertahankan,” katanya. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara