1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI)5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut
Berita Terkini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.
Kopi, Kahwa atau Coffee tetap membawa erti yang sama iaitu minuman diperbuat daripada benih biji kopi yang menghasilkan perisa pahit manis.
Mula ditemui di Yemen sekitar abad ke-9, hari ini kopi menjadi minuman paling ‘berpengaruh’ di dunia. Ia dihidangkan tanpa mengira waktu sama ada pagi untuk memberi tenaga memulakan hari, tengahari atau minum petang dan menjadi penutup di malam hari.
Seiring kopi ‘mendunia’ ia juga bukan sekadar budaya tetapi kopi telah menjadi ‘kehidupan’.
Dan saat ‘kehidupan’ itu diraikan lewat penganjuran Festival Kopi Kemaman yang berlangsung selama dua hari iaitu 2 dan 3 Jun 2023 lalu di pekarangan Resort World Kijal, Terengganu, pesta tersebut menuai kejayaan.
Bukan hanya dibarisi oleh pembuat kopi lokal terbaik tetapi sambutan yang diterima dalam kalangan pengunjung juga cukup memberansangkan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan kesemua gerai kecil yang menyediakan menu kopi seperti Espresso, Caffe Latte, Amerikano, Mocha dan lain lain pada harga berpatutan dibanjiri pengunjung sejak dibuka sehingga pesta ditutup.
Pedalhaus, Kupi Gu, Kopi Junkey, Kopi Steseng, Xofi, Kopi Uncle, Revival, Port Coffee Roastery merupakan antara pemilik-pemilik kopi lokal yang hadir membekalkan kopi berkualiti, setanding antarabangsa dan keunikan setiap gerai bersama van van kecil lengkap ‘tempat chill’ serta santai menjadi bonus kepada Festival Kopi Kemaman.