web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Giliran Ustaz Kazim Elias Muncul Dalam Filem, Zim Zim Ala Kazim Di Pawagam Jun Hadapan

Kisah ini berkisar tentang penyakit misteri yang pernah dihidapi oleh tokoh agama ini tidak berapa lama dahulu

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2024 8:46AM

Ustaz Kazim Elias - Gambar fail

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama Datuk Ustaz Kazim Elias sememangnya cukup dikenali ramai sebagai seorang pendakwah dan penceramah bebas. Malah, kisah beliau yang pernah berhadapan dengan penyakit misteri turut mendapat liputan pelbagai pihak.

Dek itulah, ia telah memberi inspirasi kepada syarikat produksi Mawi World Entertainment untuk mengangkat kisah berkenaan menjadi sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Penerbit dan pengarah, Mawi berkata, idea untuk menghasilkan filem tersebut tercetus menerusi perjumpaan dengan Ustaz Kazim.

“Ketika berjumpa, kami berbual dan beliau telah berkongsi tentang kisah penyakit misteri yang dialaminya.

“Bagi saya apa yang dilalui oleh Ustaz Kazim adalah sesuatu yang mistik, dan saya juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang sama dengan beliau,” jelasnya.

Ujar Mawi, setelah perkongsian kisah berkenaan, dia akhirnya meminta kebenaran untuk menghasilkan sebuah filem yang mengangkat cerita tentang pengalaman yang dilalui pendakwah berkenaan.

Menurutnya, dia berasa lega apabila Ustaz Kazim lantas memberikan persetujuan untuk penghasilan filem berkenaan.

“Kalau diikutkan tidak sukar untuk saya meyakinkan beliau. Dalam perjumpaan kali kedua, beliau ceritakan lebih mendalam dan pada perjumpaan kali ketiga saya turut membawa penulis skrip.

“Berkenaan dengan jalan cerita pula, kira-kira 70-80 peratus adalah bersandarkan pengalaman Ustaz Kazim sendiri. Selebihnya saya ada tokok-tambah untuk pastikan penceritaannya lebih menarik,” tambah Mawi.

Dalam masa yang sama, Mawi juga mendedahkan bahawa Ustaz Kazim ada meletakkan syarat jika mahu kisahnya itu diangkat menjadi filem.

“Syarat paling utama Ustaz Kazim ialah, belian sendiri mahu menjadi ‘hero’. Pada awalnya, saya dah ada pilihan untuk pegang watak beliau. Namun, beliau sendiri nak lakonkan watak dirinya.

“Memang agak terkejut juga, namun saya kagum dengan keberanian beliau untuk berlakon dalam filem ini,” jelasnya.

Bercerita lebih lanjut tentang pembikinan filem berkenaan, Mawi memberitahu ia dibuat sekitar dua tahun lalu di kawasan sekitar rumah Ustaz Kazim di Kampung Manjoi, Perak.

Ujar Mawi, penggambaran sepanjang 15 hari itu berjalan lancar, namun mengakui ada berlaku beberapa kejadian mistik.

“Ada satu masa itu ketika nak memulakan penggambaran, tiba-tiba penyakit Ustaz Kazim menyerang semula. Sehinggakan kulit beliau keluar darah. Apa pun situasi berkenaan dapat diatasi dengan baik,” kongsi Mawi.

Zim Zim Ala Kazim mengisahkan tentang sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal. 

Dalam satu misi pencarian mereka, sekumpulan pencari hantu ini telah menemukan sesuatu yang pelik dan mereka mendapati bahawa Ustaz Kazim di dalam keadaan bahaya. Maka sekumpulan pencari hantu ini mengambil keputusan untuk menyelamatkan Ustaz Kazim.

Selain Ustaz Kazim, lain-lain barisan artis yang terlibat ialah Mawi sendiri, Bell Ngasri, Shanthesh Kumar, Elvina Chua, Rosnah Johari, Iqram Dinzly dan Zarina Anjoulie.

Zim Zim Ala Kazim akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 13 Jun hadapan. - Getaran, 22 Mei 2024

Foto : MW Entertainment Sdn. Bhd

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Kutip Lebih RM60 Juta Di Tempat Sendiri, Tapi Sheriff Gagal Tawan Hati Penonton Indonesia

2

Filem & TV 1 bulan yang lalu

MONSTA Lancar Promosi Boboiboy Galaxy Windara

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Jangan Keliru, Siksa Kubur Dan Siksa Neraka Adalah 2 Filem Berbeza

4

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Demi Watak, Hariz Hamdan Sanggup Cium Tapak Kaki Farah Ahmad Dalam Siri X-Change

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

oleh Wartawan Getaran