web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lagu ‘Old Love’ Putri Dahlia, Iaitu Anak Nora Ariffin, Jadi Trending Twitter Bila Jungkook BTS Dengar!  

Ahli kumpulan BTS, Jungkook yang paling popular itu turut menyimpan lagu tersebut dalam playlist miliknya.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 7:00PM

Jungkook dan Putri Dahlia - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Putri Dahlia yang juga anak kepada penyanyi senior, Datuk Nora Ariffin menjadi trending di laman Twitter hari ini apabila Jungkook yang juga anggota kumpulan k-pop yang popular iaitu BTS menyimpan salah sebuah lagu nyanyiannya dalam senarai playlist miliknya. 

Menerusi sebuah video yang tular, Jungkook  dilihat sedang mendengar lagu Putri Dahlia berjudul ‘Old Love’ yang dipersembahkan bersama Yuji ketika bersiaran di sebuah laman sosial, sambil menyatakan bahawa lagu tersebut, menjadi pilihan hatinya.

Tinjaun Getaran di ruangan komen paparan tersebut, mendapati, ramai warganet memberikan respon positif dan rata-rata ramai meluahkan rasa senang dan tumpang gembira ke atas penyanyi tersebut.

“Syukur Alhamdulillah, saya berasa gembira bagi pihak Putri Dahlia dan turut berasa bangga terhadapnya, saya bangga jadi anak Malaysia” kata ciapan @flwr_nisa

“Bagi pengetahuan umum ya, jangan lupa mention Yuji juga ya, kerana dia yang menerbit lagu nyanyian Putri Dahlia tersebut,” menurut pengguna @ysmnsuraya

Bukan hanya, pujian diberi kepada penyanyi Putri Dahlia, malah rata-rata netizen turut meminta ahli kumpulan BTS yang kacak itu menyanykani lagu tersebut.

Putri Dahlia merupakan puteri kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin bersama arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.

Lagu berjudul ‘Old Love’ nyanyian Putri Dahlia tersebut diterbitkan oleh Yuji pada Julai tahun lalu. – Getaran, 15 Mac 2023.

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Insomniacks Duet Dengan Bintang Indonesian Idol Musim Ke-12 

Lagu berjudul ‘Belum Mulai’ itu mendapat lebih 850,000 tontonan di Instagram, dengan 1,700 komen sejak diperkenalkan pada 12 Jun lalu.

oleh Wartawan Hiburan Getaran