web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2024 8:36AM

Skuad Bawah 16 Tahun kebangsaan akan bertemu Australia Rabu depan. – Gambar FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C di Stadium Sriwedari, Surakarta, Indonesia malam tadi.

Skuad bimbingan Javier Jorda Ribera itu mendahului 1-0 pada menerusi jaringan Izzuddin Afif Nazarudin pada minit ke-35 sebelum berjaya mencetak empat lagi gol pada separuh masa kedua.

Muhammad Fahmi Nor Farizamal menggandakan kedudukan pada minit ke-55 diikuti Muhammad Awal Wafiy Ahmad Syukri (minit ke-66) dan Arayyan Hakeem Norizam (minit ke-78) sebelum Muhammad Awal melengkapkan pesta gol pasukan negara dengan jaringan pada minit ke-89.

Skuad B-16 kebangsaan selepas ini akan bertemu Australia di venue sama Rabu depan sebelum menamatkan saingan kumpulan menentang Thailand pada Sabtu di Stadium Manahan.

Terdahulu, Thailand dan Australia seri tanpa jaringan pada satu lagi aksi.

Juara setiap kumpulan serta satu naib juara kumpulan terbaik layak ke separuh akhir pada 1 Julai, seterusnya aksi penentuan tempat ketiga dan final akan berlangsung pada 3 Julai. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah