web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa Dikemaskini 9 jam yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2024 8:39PM

Razarudin Husain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepincangan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)  semakin terdedah apabila syarikat itu dikesan tidak pernah membuat sebarang bayaran bagi zakat perniagaan.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini memaklumkan terdapat lebih 20 syarikat berkaitan GISBH tidak pernah membayar zakat manakala agensi itu pula tidak dapat menentukan jumlah yang perlu dibayar kerana tidak pernah menerima sebarang maklumat berkaitan aset dan liabiliti syarikat itu.

Menurut LZS, tindakan perundangan boleh dikenakan terhadap GISBH kerana tidak membayar zakat mengikut peraturan dan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntuk hukuman penjara serta denda kepada pihak yang sengaja tidak membayar zakat.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kerjasama antara pihaknya dan Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati rangkaian GISBH tidak pernah membayar cukai berkaitan perniagaan mereka.

Beliau berkata maklumat itu selari dengan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kerajaan Negeri Selangor pula mengambil tindakan tegas dengan mengarahkan semua premis GISBH di negeri itu ditutup manakala segala aset syarikat berkenaan dirampas.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau akan mengumumkan pada Rabu ini jumlah keseluruhan premis termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama yang dikaitkan dengan GISBH di Selangor.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman tujuh individu selama seminggu bagi membantu siasatan berkaitan kes GISBH.

Suspek yang berusia lingkungan 18 hingga 55 tahun terdiri daripada empat isteri pemimpin kanan GIBSH (seorang daripada mereka adalan warga asing), dua wanita serta seorang lelaki dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Pindaan) 2022.

Mahkamah sama turut melanjutkan tempoh reman antara empat hingga tujuh hari terhadap 10 lagi individu bagi membantu siasatan berkaitan GISBH.

Mereka terdiri daripada lapan lelaki serta dua wanita berusia lingkungan 22 hingga 53 tahun dan sebelum ini telah direman selama seminggu, yang tamat hari ini.

Siasatan terhadap mereka dijalankan mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Pindaan) 2022.

Polis melakukan Op Global pada ll Sept lepas ke atas 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

3

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi