web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik Dikemaskini 2 jam yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Sep 2024 12:28PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Pengundi Orang Asli antara yang terawal keluar menunalkan tanggungjawab bagi memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini.

Tok Batin Kampung Tanah Runtuh di sini Mohd Noorsham Abdullah, 49, berkata selaku pemimpin kawasannya, beliau bangun seawal 6 pagi untuk mengajak penduduk kampung keluar mengundi.

"Kami datang beramai-ramai iaitu 15 orang. Perjalanan dari kampung ke pusat dekat sahaja, cuma mengambil lima minit. Jam 7 pagi kami semud sudah tiba dan menunggu (di luar pusat mengundi) sebelum dibenarkan masuk untuk memilih YB (wakil rakyat).

"Kami tak mahu ketinggalan untuk memilih wakil rakyat terbaik untuk kami. Lagipun prosesnya mudah dan sekejap sahaja sudah selesai," katanya semasa ditemui di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil di sini hari ini.

Turut mengundi di situ ialah isteri dan dua anak Mohd Noorsham.

Suri rumah Radiah Sahari, 35, dari suku Jakun berkata beliau keluar awal untuk ke pusat mengundi dengan menunggang motosikal, kerana tetap bersemangat mengundi walaupun ini merupakan kali ketiga dia menjalankan tanggungjawab itu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

"Saya kena datang untuk beri undi kepada ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang boleh bantu kami. Penting sebab kampung kami adalah satu-satunya kampung Orang Asli di sini. Kena pastikan kami pilih yang baik," katanya.

PRK DUN Mahkota menyaksikan persaingan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Albdullah dengan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

4

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka