web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Sep 2024 7:22PM

M Kumar - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai dan tiga anggota polis ditahan minggu lepas dipercayai terlibat dengan kes pemerasan wang RM45,000 terhadap dua ahli perniagaan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata keempat-empat mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

"Bukti-bukti sedang dikumpul dan apabila siasatan lengkap, kita akan serah kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

"Buat waktu ini mereka telah diberi jaminan polis dan mash bertugas di unit tidak aktif. Kita jamin siasatan menyeluruh akan dibuat dan tindakan tegas akan diambil," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati pegawai dan tiga anggota polis terbabit tidak mempunyai sebarang rekod masalah disiplin.

Terdahulu, tular menerusi media sosial satu laporan polis dibuat seorang ahli perniagaan yang mendakwa beliau dan rakannya didatangi dua lelaki mengaku sebagai anggota polis dan telah membawa mereka ke IPD Seri Alam pada Selasa lepas.

Difahamkan, setibanya di sana, kedua-dua ahli perniagaan berkendan dibawa ke dalam sebuah bilik dan diperkenalkan dengan dua lagi anggota polis yang mendakwa mangsa dan rakannya terlibat dengan sindiket penipuan dan pemerdagangan manusia.

Polis berkenaan kemudian meminta wang RM150,000 untuk membantu mangsa menyelesaikan kes berkenaan, namun mangsa hanya mampu memberikan sejumlah RM45,000.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berkaitan perkara itu keesokan harinya (28 Ogos) di IPD Johor Bahru Selatan, di sini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 14 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 7 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis