web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

Sukan Dikemaskini 6 hari yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2024 8:46AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG – Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini sekali lagi bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan tanah air ketika menyambut kepulangan barisan atlet para yang menggalas harapan negara di Sukan Paralimpik Paris 2024, malam tadi. 

Subramaniam Ambil Tanggungjawab Pencapaian Di Paris 2024 Kontinjen negara diketuai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Paralimpik Paris Datuk R Subramaniam serta pemenang pingat emas Cheah Like Hou dalam acara badminton dan badang Sarawak Bonnie Bunyau Gustin selamat tiba pada 8.10 malam menerusi penerbangan Oman Air. 

Kira-kira 200 peminat sukan tanah air itu turut meraikan kepulangan Datuk Abdul Latif Romly yang meraih perak acara lompat jauh, atlet para lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli serta pemenang gangsa acara 100 meter (m) Eddy Bernard selain 25 atlet yang lain.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Dr K. Nagulendran dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub. 

Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-42 secara keseluruhan apabila meraih dua emas, dua perak dan satu gangsa pada temasya yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September itu. 

Sementara itu, Abdul Rashid berkata jumlah pingat yang diraih pada edisi kali ini membanggakan dan tidak tersasar jauh daripada sasaran Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

"Sasaran di peringkat awal dibuat kita sambut baik. MSN sokong sasaran itu, kita akui ia tidak berjaya dicapai, yang tak dapat emas dapat perak, itu pun sudah cukup tinggi dan mereka dah cuba dapatkan emas," katanya. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Sukan Paralimpik: Fikir Positif Pacu Kejayaan Eddy Bernard

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI