web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sukan Paralimpik: Fikir Positif Pacu Kejayaan Eddy Bernard

Sukan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2024 8:28AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Atlet olahraga para negara Eddy Bernard tidak melihat kekurangan fizikal menghalang dirinya daripada berjaya dalam hidup apatah lagi mengharumkan nama negara dengan menjelmakan kilauan pingat sulung Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris 2024. 

Eddy menghadiahkan pingat gangsa 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) buat negara dengan catatan 11.58 saat (s) pada hari keempat Sukan Paralimpik 2024 di Stade de France. 

Walaupun dilahirkan dengan keadaan tangan dengan sebahagian jari bersambung dan kaki kecil di bahagian kanan, atlet dari Beluran, Sabah, itu sentiasa berfikiran positif malah sering meletakkan dirinya mampu membuat apa yang manusia dilahirkan dalam keadaan cukup sifatnya lakukan. 

"Bila lihat orang lebih sempurna fizikalnya boleh buat, saya pun boleh. Saya selalu cuba positifkan diri saya. 

"Kadang-kadang pernah rasa rendah diri namun saya cuba alih fikir benda lain dan lawan diri untuk positif...jangan fikir negatif," katanya ketika ditemui pada zon campuran di sini, semalam. 

Bukan sahaja memenangi gangsa, malah catatan masa 11.58s dilakukannyaturut memecahkan rekod Asia terdahulu milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, Mei lalu. 

Dalam pada itu, pingat emas disambar wakil Afrika Selatan, Mpumelelo Mhlongo dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi milik atlet Cuba, Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s. 

Atlet berusia 23 tahun itu juga sememangnya dapat merasakan mampu menyumbang pingat pertama negara pada hari keempat temasya sukan berprestij dunia itu. 

Beliau berkata kata-kata azimat jurulatihnya, Hamberi Mahat sebelum pertandingan juga banyak membakar semangatnya melakar kejayaan tertinggi dalam karier sejak mula mewakili negara pada 2017. 

"Coach kata bantai, bantai dan langar sahaja, jangan banyak fikir, fikir diri sendiri sahaja," kata anak bongsu daripada enam beradik itu.

Pemenang perak Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 itu juga pada masa sama mahu mendedikasikan pingat gangsa dimenanginya kepada keluarga, Hamberi dan rakan-rakan atas dorongan diberikan mereka kepadanya selama ini. 

Sukan Paralimpik Paris 2024 yang bermula 28 Ogos berakhir 8 Ogos ini. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Sukan 3 jam yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Semasa 1 jam yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

oleh Ian McIntyre

Semasa 17 jam yang lalu

Samun Dan Rogol Warga Emas, Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota Serlah Kerjasama Erat Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid