web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Samun Dan Rogol Warga Emas, Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2024 6:29PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lelaki warga asing direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes samun dan rogol seorang warga emas di sebuah kondominium di Cyberjaya. 

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sepang bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 kanun sama. 

"Mangsa kini berada di rumah selepas selesai melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital. Polis masih meneruskan siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Dalam kejadian 7 malam Khamis lepas, mangsa berusia 71 tahun sedang menunggu lif di kondominium yang didudukinya sebelum suspek datang dari belakang dan menariknya ke tangga lalu merogolnya di situ. 

Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki warga asing ditahan bersama dompet dan telefon bimbit milik mangsa, selepas mangsa membuat laporan mendakwa disamun dan dirogol oleh suspek yang berusia lingkungan 25 tahun dan bekerja di sebuah restoran. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman, Da'i Syed Dihantar Ke Penjara Kajang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Rogol Anak Kandung Sejak 2019 

4

Semasa 5 bulan yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 14 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat