web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa Dikemaskini 1 hari yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2024 7:22PM

Abdul Aziz Mohd Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengarahkan semua hasil kajian dan perbincangan berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dan rangkaiannya dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kajian dan perbincangan berkaitan penglibatan GISBH dalam penyebaran dan amalan ajaran yang menyeleweng daripada agama Islam sejak telah dilaksanakan sejak 2020.

Beliau berkata perkara berkenaan telah dibincangkan secara serius dalam beberapa siri perbincangan dan mesyuarat di peringkat jawatankuasa MAIS, sebelum berita berhubung tangkapan dan siasatan polisterhadap penghuni di beberapa rumah amal dikaitkan dengan syarikat berkenaan tular, baru-baru ini.

"Bagi memutuskan persoalan berhubung penglibatan GISBH dan rangkaiannya dalam penyebaran dan amalan ajaran menyeleweng daripada agama Islam sebenar, MAIS mengarahkan semua hasil kajian serta perbincangan dibuat sebelum ini dikemukakan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

"...agar persoalan berkaitan hukum syarak ini dapat diputuskan dengan segera oleh berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata hasil kajian berkenaan turut merangkumi isu penglibatan GISBH dalam ajaran Kumpulan Al-Argam dan rangkaiannya yang telah diharamkan menurut fatwa yang diwartakan di Selangor pada 4 Februari 1993, 11 Ogos 1994 dan 21 Disember 2006.

"Tindakan ini dibuat selaras dengan Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

"MAIS dan semua agensi hal ehwal Islam Selangor sama sekali tidak berkompromi dengan GISBH atau rangkaiannya atau mana-mana pihak lain yang terlibat dengan kesalahan akidah," katanya.

Beliau berkata gerakan bersepadu antara semua agensi berkaitan akan diperhebat untuk memastikan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka melakukan kesalahan jenayah tersebut mengikut undang-undang yang berkuat kuasa. - BERNAMA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad