web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Sukan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2024 8:40AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Tugas memburu emas ketiga negara pada Sukan Paralimpik Paris 2024 kini digalas jaguh olahraga para Datuk Abdul Latif Romly yang akan turun mempertahankan emas lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) di Stade de France, hari ini. 

Latif Romly dilihat berpotensi besar untuk merangkul hatrik emas acara tersebut sejak mula mendominasinya pada edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020. 

Reputasinya sebagai pemegang rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.64 meter (m) pada Sukan Para Asia 2018 di Indonesia juga membuatkannya beliau pilihan utama untuk sekali lagi merangkul emas pada edisi kali ini. 

Bagaimanapun, timbul persoalan sejauh mana lompatan mampu dilakukan juara dunia empat kali dari Perlis itu setelah enam tahun 'memeram' rekod dunianya itu. 

Berdasarkan ranking tahun ini, tugas atlet berusia 27 tahun juga dilihat agak mencabar memandangkan beliau kini berada di kedudukan kedua dunia dengan catatan 7.30m ketika merangkul emas Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, Mei lepas

Matvei lakushev yang bertanding atas tiket Atlet Paralimpik Neutral boleh menjadi duri dalam daging buat Latif Romly selepas pesaing terdekatnya itu melakukan 7.41m pada satu kejohanan di Yekaterinburg, Rusia, pada Jun. 

Sementara itu, jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin tidak berdepan masalah menyumbang emas kedua negara di Porte de La Chapelle Arena bagi kategori lelaki 72 kilogram (kg), semalam. 

Bukan sahaja mempertahankan emas, malah Bonnie, membuktikan beliau sukar digugat dengan melakukan angkatan seberat 232kg sekali gus meleburkan rekod lama miliknya 231kg yang dilakukan pada Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2023 di Dubai. 

Jumlah angkatannya itu merupakan rekod baharu temasya ini mengatasi rekod lama yang juga milik Bonnie iaitu 228kg pada Tokyo 2020. 

Dalam pada itu, kegugupan perenang para negara Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan mengakibatkannya beliau tidak berjaya menyerlah untuk ke final acara 100m kuak lentang lelaki S14 (kecacatan intelektual).

Perenang berusia 18 tahun itu yang beraksi dalam saringan tiga berada di kedudukan akhir dengan catatan 1 minit 04.58 saat (s) sekali gus tercorot secara keseluruhan daripada tiga saringan di Paris La Defense Arena.

Wakil berbasikal lebuh raya negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais-Nurul Suhada Zainal (jurumudi) pula hanya berjaya melengkapkan enam daripada tujuh pusingan secara keseluruhan dalam acara lebuh raya wanita B (kecacatan penglihatan) di Clichy-sous-bois. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Sukan Paralimpik: Angkatan Bonnie Harapan Emas Kedua Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid