web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sukan Paralimpik: Angkatan Bonnie Harapan Emas Kedua Negara

Sukan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2024 8:23AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang akan turun dalam kategori 72 kilogram (kg) lelaki di Porte de La Chapelle Arena hari ini bakal menjadi sandaran emas kedua kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024. 

Pasukan negara juga pastinya mengharapkan Porte de La Chappelle terus 'bertuah' buat mereka selepas jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menyumbang emas sulung dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Isnin lepas di venue tersebut.

Di atas kertas, badang kerdil dari Sarawak itu berpotensi besar untuk mempertahankan emas dimenanginya ketika membuat penampilan pertama Sukan Paralimpik bagi edisi 2020 di Tokyo. 

Reputasi sebagai pemegang rekod dunia iaitu 231kg dan temasya 228kg meletakkan atlet berusia 25 tahun itu sebagai pilihan utama untuk 'menggegarkan' acara powerlifting di sini. 

Bukan itu sahaja, jurang angkatan Bonnie juga agak jauh jika dibandingkan dengan pencabar terdekatnya Donato Telesca dari Itali yang merekodkan angkatan terbaik 216kg.

Dalam pada itu, perenang para negara Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan yang akan beraksi dalam acara 100m kuak lentang S14 (kecacatan intelektual) berpeluang mencipta sensasi pada penyertaan sulungnya di pentas Paralimpik di sini. 

Selepas tular gara-gara wajahnya mirip pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Imaan Aiman yang gemar bergaya perlu menunjukkan kesungguhannya dan mencapai kecemerlangan di Paris. 

Beliau dijadualkan turun beraksi pada saringan ketiga pada 10.37 pagi (4.37 petang waktu Malaysia) di Paris La Defense Arena. Hanya lapan perenang terbaik daripada tiga saringan layak ke final. 

Sementara itu, rakan sepasukannya, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli mengakhiri kempen keduanya di Sukan Paralimpik dengan menduduki tempat ketujuh menerusi catatan 34.34s Nur

Syaiful yang beraksi dalam dua final sebelum ini menduduki tempat keenam dalam acara 100m gaya bebas lelaki S5 dengan catatan 1 minit 16.60s dan juga kedudukan sama dalam 100m kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) menerusi catatan masa 1:46.71s. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Bonnie Bunyai Kekal Juara Dunia Powerlifting

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Paralimpik Terima Mata Ganjaran, Penghantaran Makanan Dari Grab Malaysia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Yee Khie Sumbang Pingat Kedua Buat Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS