web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Yee Khie Sumbang Pingat Kedua Buat Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 11:46AM

Yee Khie mengesahkan pingat peraknya dengan angkatan seberat 237kg dalam percubaan keduanya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini.

Walaupun tidak berjaya dalam percubaan pertama dengan angkatan seberat 230kg, beliau kembali bangkit untuk mengesahkan pingat perak dalam percubaan keduanya, dengan angkatan seberat 237kg.

Bagaimanapun, pendandan rambut dari Batu Kawa, Kuching berusia 32 tahun itu, kemudian tidak berupaya untuk memperbaiki angkatan itu selepas gagal dalam percubaan ketiga dan juga terakhirnya iaitu 245kg.

Kejayaan Yee Khie itu bermakna, beliau dapat menebus kekecewaan selepas sekadar menduduki tempat ketujuh bagi kategori 97kg, ketika membuat kemunculan pertamanya di Rio 2016.

Ini merupakan pingat kedua diraih kem powerlifting negara, selepas Bonnie Bunyau Gustin yang bertanding bagi kategori lelaki 72kg, mencipta sejarah menjadi atlet pertama merangkul emas buat kontinjen negara, pada temasya berprestij itu Sabtu lepas.

Bonnie bukan sahaja meraih emas, malah turut memecahkan rekod Paralimpik selepas mengangkat bebanan seberat 228kg dan sekali gus memadam rekod terdahulu milik Rasool Mohsin dari Iraq dilakukan di Rio 2016 iaitu 227kg.

Sementara itu, aksi yang berlangsung di Tokyo International Forum hari ini menyaksikan pingat emas dimenangi atlet Mongolia Sodnompiljee Enkhbayar dengan angkatan terbaik 245kg, yang merupakan rekod baharu Paralimpik dalam kategori itu.

Sodnompiljee memulakan saingan dengan penuh meyakinkan apabila melakukan angkatan 241kg, untuk memecah rekod Paralimpik milik Pavlos Mamalos dari Greece dengan angkatan seberat 238kg dilakukan di Rio 2016

Tidak lama kemudian, beliau sekali lagi mencuri tumpuan apabila memecahkan rekodnya sendiri dalam percubaan kedua iaitu 245kg.

Pingat gangsa milik Saman Razi dari Iran yang melakukan angkatan terbaiknya 231kg, pada hari terakhir sukan powerlifting berlangsung hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Sukan Paralimpik: Angkatan Bonnie Harapan Emas Kedua Negara

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Birmingham 2022: Atlet Powerlifting Yee Khie tarik diri kerana kecederaan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Bonnie Bunyai Kekal Juara Dunia Powerlifting

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen