web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bonnie Bunyai Kekal Juara Dunia Powerlifting

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 2:01PM

(Dari kiri) Hu Peng dari China, Bonnie dan Shaaban dari Mesir bergambar bersama pingat masing-masing. - Gambar dari World Para Powerlifting

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara Sukan Paralimpik Tokyo Bonnie Bunyau Gustin mempamerkan aksi membanggakan untuk kekal sebagai juara dunia di Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, semalam.

Atlet berusia 22 tahun itu memastikan emas menjadi miliknya dalam kategori 72 kilogram (kg) menerusi angkatan 210kg sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenanginya pada 2019 di Kazakhstan.

Atlet kelahiran Sarawak itu mengatasi pencabar terdekatnya dari China, Hu Peng yang meraih perak dengan angkatan 196kg manakala atlet Mesir, Shaaban Ibrahim memenangi gangsa dengan angkatan 195kg.

“Saya sangat gembira selepas kemenangan di Tokyo hari itu dan ini adalah kemenangan kedua saya di Kejohanan Dunia. Cuma kali ini tidak dapat pecahkan rekod,” katanya dalam temu bual menerusi laman Twitter Persekutuan Powerlifting Paralimpik Antarabangsa.

Walaupun angkatan dilakukan lebih rendah berbanding rekod dunia iaitu 230kg dicatatkan ketika Piala Dunia 2021 pada Jun, Bonnie Bunyau masih boleh berbangga kerana telah melepasi angkatan dilakukan pada edisi 2019 yang mengangkatnya sebagai juara dunia dengan angkatan 207kg dalam kategori 65kg.

Bonnie Bunyau meraih pingat emas di temasya Paralimpik Tokyo 2020 selepas memecahkan rekod temasya itu dengan angkatan 228kg. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Sukan Paralimpik: Angkatan Bonnie Harapan Emas Kedua Negara

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Kini Sudah Ada Pusat Kitar Semula Dan Beli Balik Yang Canggih Di Pusat Beli-Belah

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Raikan Perayaan Pertengahan Musim Panas Seperti Di Sweden

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Liek Hou Sukar Digugat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad