web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Raikan Perayaan Pertengahan Musim Panas Seperti Di Sweden

Nikmati pengalaman perayaan musim panas menarik seperti di luar negara tanpa perlu meninggalkan Malaysia!

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jul 2022 4:06PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda meraikan perayaan pertengahan musim panas yang merupakan acara penting di Sweden? 

Bagi pengembara tegar, mungkin anda pernah. Bagi yang tidak, kini anda punya peluang untuk meraikan acara ini di tanah tumpah darah sendiri. 

Tidak perlu beli tiket pesawat, tidak perlu mengeluarkan bajet yang tinggi. 

Ini kerana, pusat membeli-belah IPC, Damansara Perdana meraikan asal usul Sweden mereka dengan menganjurkan pesta pertengahan musim panas yang terkenal dengan pelbagai aktiviti menarik.

Tapi sebelum itu, adakah anda tahu tentang perayaan yang dikenali sebagai 'Midsommar' di kalangan warga Sweden ini? 

Perayaan pertengahan musim panas ini merupakan acara kedua paling penting selepas Krismas di Sweden dan paling dinanti-nantikan terutamanya gara-gara musim sejuk Scandinavia yang panjang dan gelap. 

Zaman yang bersilih ganti menyaksikan perayaan ini menjadi acara kebudayaan yang terlihat unik dan menyeronokkan.

Jadi, jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang acara ini, bolehlah panjangkan langkah ke IPC, Damansara hari ini. 

Pusat membeli-belah berorientasikan keluarga itu sedang meraikan pertengahan musim panas ala Sweden sehingga 31 Julai 2022. Di sini anda boleh merasai sendiri pesta penuh keseronokan sambil merebut peluang memenangi barangan eksklusif melalui pembelian terkumpul.

Sudut ‘Instagrammable’, taman permainan inspirasi Sweden

Sepanjang pesta itu, pelanggan boleh menyaksikan hiasan pertengahan musim panas Sweden yang ‘instagrammable’ termasuk paparan tiang maypole 10 kaki yang ikonik serta taman permainan berinspirasikan Sweden untuk dinikmati oleh kanak-kanak dan ibu bapa. 

Pada hujung minggu pula, kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam bengkel seni & kraf kanak-kanak secara percuma dan berinteraksi dengan maskot Små Club Buddy yang menghiburkan sambil ditemani oleh Gadis Sweden yang akan mengedarkan cenderahati.

"Membawa kegembiraan dan mencipta kenangan sentiasa menjadi impian IPC. Kami mahu memanfaatkan asal-usul Sweden kami dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pesta pertengahan musim panas ala Sweden, seterusnya mempamerkan pengalaman silang budaya Sweden tanpa perlu mengembara" ujar Pengurus Pemasaran Pusat Membeli-belah IPC, Mark Tan. 

"Konsep PLÅYSOMMAR diambil daripada perkataan 'main' dan 'musim panas' yang juga boleh diterjemahkan ke dalam bahasa tempatan iaitu 'Main Sama-Sama' dengan orang yang anda sayang," tambahnya lagi. . 

Kempen Hijau IPC 2022 – Smarter, Greener, Together

Turut diadakan sempena sambutan pertengahan musim panasnya ialah kempen kitar semula yang menawarkan ganjaran berganda untuk sisa kertas, plastik dan aluminium dalam kempen yang mengangkat tema 'Smarter, Greener, Together'. 

Kempen ini akan berakhir pada 4 September hadapan. Pelanggan yang menghantar barang kitar semula mengikut berat tertentu layak menerima ganjaran daripada i-Counter yang terletak di Aras G. 

Untuk barangan terpakai seberat 6 kilogram misalnya, anda layak mendapat dua e-baucar RM5 dan pensanitasi tangan (hand sanitiser).

Sebagai sebahagian daripada usaha IPC untuk memupuk generasi muda menjaga kelestarian, IPC akan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada ahli Små Club (keahlian program junior kesetiaan pusat membeli-belah IPC) dengan kit seni dan pelekat DIY eksklusif untuk usaha hijau mereka di rumah. 

Untuk mengambil bahagian, ibu bapa perlu menyiarkan foto di akaun Facebook atau Instagram mereka menggunakan hashtag #IPCSmarterGreen yang memaparkan aksi ahli alam sekitar kecil mereka untuk penebusan ganjaran di i-Counter di Aras G.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ipc.com.my/playsommar untuk kempen 'PLÅYSOMMAR' pusat membeli-belah IPC dan www.ipc.com.my/smartergreen  untuk kempen 'Smarter, Greener, Together'. - Getaran, 7 Julai 2022

Gambar:  IPC Shopping Centre

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Sweden Mahu Ketatkan Peraturan Kemasukan Susulan Insiden Bakar Al-Quran

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Kerajaan Sweden Henti Tindakan Provokatif Bakar Al-Quran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia, Sweden Setuju Teruskan Usaha Perangi Islamofobia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Umat Islam Digesa Bersolidariti Desak Ambil Tindakan Terhadap Paludan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara