web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Semasa Dikemaskini 18 jam yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2024 8:22AM

Petugas di hospital daerah tersebut didakwa tidak memperdulikan permintaan pesakit agar dia diberikan rawatan antibiotik - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah hospital daerah di Terengganu didakwa cuai, hingga menyebabkan kematian seorang bayi yang baru dua hari dilahirkan.

Berkongsi kisah itu di X, Matdan The Great mendakwa, kematian anak saudaranya itu berpunca daripada sikap petugas hospital terbabit yang bersikap sambil lewa ketika menjalankan tugas. 

Menggunakan akaun @rushashraf, Pembangun Perisian itu berkata, adik perempuannya didiagnos dengan Guillain-Barré syndrome (GBS) ketika melahirkan anak sulung beberapa tahun lalu, justeru wanita terbabit memohon diberikan antibiotik ketika mahu melahirkan anak keduanya.

“Dia request on antibiotics sebelum beranak..staff buat tak tahu ja. Anak buah aku kena jangkitan kuman, mula-mula dekat paru-paru lepas tu merebak ke dalam darah.

“Paling sedih adik aku beranak sebelum subuh dan anak dia ada masalah nafas laju. Dipendekkan cerita dekat tengah hari baru ja ready utk hantar ke hospital besar,” katanya.

Keluarga Matdan di pengebumian anak saudaranya - Gambar X
Keluarga Matdan di pengebumian anak saudaranya - Gambar X

Dakwa Matdan, anak saudaranya berada dalam kritikal sebaik tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan terpaksa diintubasi. 

“Wayar-wayar penuh dekat badan. Paling ralatnya adik aku pergi awal ke Hospital D***** tu, adik aku request ambulans untuk ke HSNZ sebab masalah GBA tu, diorang (mereka) boleh pecahkan terus air ketuban adik aku.

“Paling menyedikhn pihak Hospital D***** ni buat macam tak tahu jer sejarah kelahiran anak pertama adik aku ni. Langsung tak ada langkah precaution adik aku ada GBS,” katanya, kesal. 

Jelas Matdan, adiknya sewaktu melahirkan anak pertama diberikan rawatan antibiotik sebagai langkah pencegahan kerana sindrom GBS yang dihidapi. 

“Hospital D***** ni main belasah ikut suka dia,” katanya.

Beliau memberitahu, aduan berkenaan perkara itu sudah dibuat ke Kementerian Kesihatan (KKM) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Getaran masih menanti perkembangan terkini kes ini. - Getaran, 19 September 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

3

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 18 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah