web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2024 8:01PM

Semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa bersiap sedia melalui pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox termasuk meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa.

Ini susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern - PHEIC) untuk kali kedua pada 14 Ogos lepas.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebelum ini mpox diisytiharkan sebagai PHEIC buat kali pertama pada 23 Julai 2022 dan berakhir pada ll Mei 2023.

Semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan mpox bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

KKM turut menasihatkan individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mempunyai gejala seperti ruam atau lepuh pada kulit perlu segera menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran serta mengelakkan kontak dengan individu lain bagi mengekang penularan jangkitan.

Semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta juga perlu memberikan notifikasi kes disyaki dan kes yang disahkan mpox dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan.

Menurut KKM, pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan "Guidelines on mpox management in Malaysia 2023" di laman sesawang portal rasmi KKM di www.moh.gov.my.

Selain itu, langkah lain diambil adalah memastikan makmal bagi pengujian dan diagnostik bersedia serta mempertingkatkan aktiviti kesedaran mpox dan edaran bahan pendidikan kepada kumpulan berisiko dengan kerjasama badan bukan kerajaan di lokasi yang dikenal pasti seperti spa dan sauna.

Buat masa ini terdapat 10 makmal yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan termasuk dua makmal swasta.

KKM memaklumkan akan memastikan premis-premis yang menyediakan perkhidmatan melibatkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di samping memastikan tiada pekerja atau pelanggan di premis berkaitan mengalami gejala atau menunjukkan tanda mpox seperti ruam atau lepuh pada kulit.

"Sekiranya terdapat pekerja atau pelanggan yang mempunyai gejala itu mereka perlu segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan," menurut kenyataan itu.

KKM akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk hospital serta klinik swasta dalam pemantauan, pengesanan dan penjagaan klinikal kes mpox secara bersepadu.

Pengisytiharan kali kedua itu dibuat berdasarkan nasihat Jawatankuasa Kecemasan IHR dengan menekankan penularan strain mpox baharu iaitu clade 1b yang lebih pantas di Congo dan negara-negara jiran di rantau Afrika.

Peningkatan kes di Congo amat ketara dengan lebih 15,600 kes dan 537 kematian dilaporkan pada 2024, melebihi jumlah tahun sebelumnya.

Selain itu, terdapat empat negara di Afrika Timur yang melaporkan kes mpox buat kali pertama iaitu Burundi, Kenya, Rwanda dan Uganda. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

Sukan 1 hari yang lalu

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

Semasa 5 jam yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

Semasa 1 hari yang lalu

GISB Nafi Bersalah, Sedia Bekerjasama Dengan PDRM

oleh Sophia Ahmad