web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2024 6:21PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR – Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto3 dan Cub Prix negara Elly Idzlianizar Elias disebabkan kecederaan parah akibat ditetak selepas terbabit dalam pergaduhan di sini pada Selasa lepas. 

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima maklumat mengenai pergaduhan telah berlaku di Taman Behor Gonchar Jaya di sini pada 11.13 malam. 

Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa berusia 40 tahun dipercayai pergi ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Jalan Dato Ali, Kangar dalam keadaan marah sebelum pergaduhan tercetus. 

"Polis menerima maklumat mengenai pergaduhan telah berlaku di Taman Behor Gonchar Jaya pada 11.13 malam, Selasa lepas dengan butiran bekas pelumba negara itu cedera parah dan telah dihantar ke HTF dengan menaiki ambulans.

"Mangsa disahkan meninggal dunia lebih kurang 12.01 tengah malam, 11 September. Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar, Kedah) mendapati mangsa maut disebabkan pendarahan teruk akibat luka tetakan berganda sebanyak 12 kesan tetakan," katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Yusharifuddin berkata susulan itu, polis menahan tiga lelaki berusia 28 hingga 51 tahun dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu di beberapa lokasi berasingan sekitar Perlis semalam dan merampas sebilah pedang samurai berukuran 112 sentimeter (cm) dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai kawan kepada mangsa dan punca kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham sekali gus menjurus kepada motif pergaduhan sehingga menyebabkan kematian. 

"Polis turut merampas sebuah kereta jenis proton Iriz warna biru dengan keadaan cermin hadapan retak dan terdapat kesan tompokan serta kesan warna merah dipercayai darah. 

"Hasil semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek mempunyai antara empat hingga 11 rekod lampau melibatkan kes jenayah (seperti) kes cubaan bunuh, ugutan jenayah, khianat dengan api, merusuh menggunakan senjata, curi kenderaan, judi dan dadah," katanya. 

Beliau berkata kesemua suspek ini direman hingga 17 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Untuk rekod, Elly Idzlianizar mula mencipta nama dalam perlumbaan tempatan Cub Prix dan turut terpilih untuk menyertai program pencarian pelumba atas tiket peluang khas negara untuk beraksi dalam Grand Prix Malaysia pada 2009. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Jadi Sasaran Tangan Ghaib, Polis Digesa Segera Tangkap Pelaku

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Ucapan Perkauman, Agama Punca Serangan ‘Lone Wolf’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad