web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 5:04PM

Faisal Halim (dua dari kanan) disimbah asid pada 5 Mei lalu. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat sama ada serangan asid ke atas pemain Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim pada 5 Mei lepas mempunyai kaitan dengan serangan berunsur jenayah terhadap tiga pemain bola sepak yang lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan setakat ini menjurus kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan rakaman percakapan daripada saksi.

"Fokus kita pada masa ini adalah mencari identiti suspek yang kita peroleh sebelum mengesannya untuk memudahkan kita menyiasat sekali gus mencari motif utama kejadian serangan berkenaan.

"Proses mengesan cap jari pelaku juga tidak banyak membantu dalam mengesan suspek selepas hanya tiga daripada lapan cap jari yang diperoleh didapati sempurna manakala bakinya sukar dikesan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Razarudin berkata setakat ini polis telah merekodkan 23 keterangan individu bagi membantu siasatan.

"Seramai tiga individu yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan selepas didapati tidak mempunyai kaitan namun mereka boleh dipanggil semula sekiranya dirasakan perlu.

"Tangkapan ketiga yang dilakukan di kawasan kediaman Faisal Halim tidak didedahkan selepas siasatan mendapati individu terbabit disahkan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan sekitar kediamannya," katanya.

Mengenai fotofit atau lakaran gambar suspek yang dikeluarkan minggu lepas, Razarudin berkata setakat ini tiada perkembangan terbaharu.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman CCTV berdurasi 56 saat memaparkan kejadian yang menimpa Mohamad Faisal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Sebelum itu pada 2 Mei, pemain pasukan Terengganu FC (TFC) Akhyar Rashid mengalami kerugian hampir RM5,000 selepas dipukul dan disamun individu tidak dikenali di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.

Selepas serangan terhadap Akhyar dan Mohamad Faisal, serangan jenayah turut dihadapi pemain Johor Darul Takzim, Safiq Rahim, apabila cermin belakang keretanya dipecahkan menggunakan tukul di Jalan Seri Gelam menghala Pantai Lido, Johor Bahru pada 7 Mei.

Terbaharu pada Rabu lepas, pemain pertahanan Selangor FC Ahmad Khuzaimi Piee turut berdepan insiden keganasan apabila rumahnya dipecah masuk ketika beliau keluar menjalani sesi latihan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Cristiano Ronaldo Nyaris Terkena 'Flying Kick'

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Euro 2024: Sepanyol Atasi Crotia, Itali Tewaskan Albania

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pelawak, Isteri Direman 2 Hari Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat Dalaman IPD

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan