web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2024 9:21AM

Sebahagian daripada penonton yang hadir menyaksikan perlawanan menentang Taiwan malam tadi - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harapan Malaysia mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 lebur selepas Kyrgyzstan mengikat Oman 1-1 di Muscat awal pagi tadi.

Selepas berakhirnya saingan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Oman muncul juara dengan 13 mata, dilkuti Kyrgyzstan di tempat kedua (11 mata), Malaysia ketiga (10 mata) dan Taiwan tercorot tanpa mata.

Kegagalan ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan skuad Harimau Malaya perlu mengharungi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 dalam usaha membuat penampilan kedua berturut-turut dalam pertandingan itu.

Terdahulu, Malaysia mengekalkan harapan tipis untuk layak buat julung kali ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia selepas menewaskan Taiwan 3-1 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Kejayaan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon terpaksa mengharapkan Oman menewaskan Kyrgyzstan sekurang-kurangnya 7-0 untuk membolehkan Malaysia memintas kedudukan kedua berdasarkan jumlah perbezaan jaringan.

Bagaimanapun, Kyrgyzstan mengejutkan Oman menerusi gol pembukaan Eldiyar Zarypbekov sebelum jaringan sendiri penjaga gol Erzhan Tokotayev memaksa kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati dengan satu mata pada pertembungan di Kompleks Sukan Sultan Qaboos itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang