web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 10 jam yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Sep 2024 8:08PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERANG - Remaja lelaki berusia 19 tahun yang dilaporkan hanyut dibawa arus deras bersama ibunya di Kampung Tanjung Kanan di sini pagi tadi, ditemukan lemas petang tadi.

Mayat Muhammad Rosman Rohadi, yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran ditemukan pada 5.25 petang kira-kira 150 meter dari lokasi dua beranak itu dilihat hanyut.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat tersangkut di sisa pelepah kelapa sawit di dasar kawasan banjir.

"Usaha mencari seorang lagi mangsa iaitu ibu kepada remaja itu sedang dilakukan dengan memfokus kepada kawasan penemuan mayat," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Supritendan Mulkiaman Manzar berkata mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa diteruskan hingga 7 malam tadi dan ditangguhkan hingga pagi esok selepas mangsa gagal ditemui hari ini.

Mulkiaman berkata sebelum ini pasukan penyelamat menemui sepasang dan sebelah selipar dipercayai milik dua beranak tersebut di kawasan tidak jauh dari lokasi mereka dihanyutkan.

"Berdasarkan petunjuk itu, pasukan mencari dan menyelamat menumpukan pencarian di kawasan tersebut dengan kaedah mengharungi banjir disebabkan air yang semakin surut dan tidak boleh dilalui bot," katanya.

Terdahulu, media melaporkan dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi dua beranak Salmah Mat Zain, 46, dan anaknya, Muhammad Rosman dihanyutkan arus deras banjir ketika cuba menyeberang untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Tanjung Kanan, di sini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi