web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2024 12:28PM

Ladang TAF di Kampung Semeliang, Kuala Nerang, Kedah - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Harga lembu untuk melaksanakan ibadah korban di Kedah pada tahun ini kebanyakannya masih kekal seperti tahun lalu iaitu antara RM750 hingga RM800 satu bahagian.

Tinjauan Getaran mendapati, kebanyakan penternak kekal menawarkan harga tersebut yang dilihat lebih kompetitif berbanding harga di bandar-bandar besar.

Pengarah Urusan Fatimah MZ Agro Farm Sdn. Bhd., Zainol Abidin Mohamad berkata, antara faktor yang menyebabkan syarikatnya mengekalkan harga tersebut pada tahun ini adalah disebabkan permintaan yang agak berkurangan.

"Saya nampak macam orang tak mampu untuk buat korban hingga permintaan tampak menurun kira-kira 10 peratus berbanding tahun lalu. Jadi kalau kami letak harga tinggi, bimbang pula orang tak mahu beli.

"Maka kami kekalkan harga bermula RM750 hingga RM850 bagi satu bahagian untuk lembu korban tahun ini. Untuk lembu berharga RM750 satu bahagian, berat kasarnya kira-kira RM250 kilogram (kg).

"Untuk lembu bernilai RM800 satu bahagian, dianggarkan seberat 300kg manakala lembu seberat kira-kira 350kg, kami tawarkan pada harga RM850 satu bahagian," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Pengarah Urusan Fatimah MZ Agro Farm Sdn. Bhd., Zainol Abidin Mohamad (kanan) bersama sebahagian lembu disediakan untuk korban di ladangnya dekat Jalan Sintok, Kubang Pasu - Gambar Rafisqi Radhi
Pengarah Urusan Fatimah MZ Agro Farm Sdn. Bhd., Zainol Abidin Mohamad (kanan) bersama sebahagian lembu disediakan untuk korban di ladangnya dekat Jalan Sintok, Kubang Pasu - Gambar Rafisqi Radhi

Menurutnya, Fatimah MZ Agro Farm yang mempunyai ladang di Jalan Sintok dekat Jitra pada tahun ini menawarkan kira-kira 200 ekor lembu untuk dipilih, bagi mereka yang berhajat untuk melaksanakan ibadah berkenaan.

Sementara itu Pengasas Bersama Tenang Agro Farm (TAF) di Kampung Semeliang dekat Kuala Nerang, Muhamad Hayatullah Ibrahim memaklumkan, pihaknya juga masih mengekalkan harga RM800 untuk satu bahagian lembu untuk sesiapa yang berhajat menunaikan ibadah korban tahun ini.

"Kami dapat mengekalkan harga seperti tahun lalu kerana syarikat ini memiliki kilang makanan sendiri. Penghasilan makanan lembu itu tidaklah besar tetapi cukup untuk menampung keperluan kira-kira 200 ekor lembu.

"Jadi keadaan itu setidak-tidaknya mampu membantu kami menyerap kos dan mengekalkan harga lembu seperti tahun lalu. Alhamdulillah, permintaan lembu korban pada tahun ini kembali meningkat dan itu mungkin dibantu oleh langkah kami melaksanakan strategi pemasaran lebih awal termasuk menjual daging pada harga murah sebelum ini," katanya.

Pengasas Bersama Tenang Agro Farm (TAF), Muhamad Hayatullah Ibrahim.
Pengasas Bersama Tenang Agro Farm (TAF), Muhamad Hayatullah Ibrahim.

Sementara itu seorang peserta ibadah korban tahun ini, Hifzuddin Ikhsan, 43, mengakui tidak melihat perbezaan ketara untuk melaksanakan ibadah korban di Kedah pada tahun ini berbanding tahun lalu.

"Tahun lepas saya melaksanakan ibadah korban di ladang milik sebuah kenalan di Changlun, Kubang Pasu pada harga RM750 untuk satu bahagian.

"Saya difahamkan harga bagi melaksanakan ibadah korban di lokasi itu masih sama namun kali ini, saya memilih untuk melaksanakan ibadah korban di sebuah masjid di Pendang kerana faktor berhampiran rumah, pada harga RM800," katanya. - Getaran 12 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

3

Sukan 1 bulan yang lalu

KDA FC Masih Tiada Penaja Utama

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 13 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes