web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 4:00PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tanpa berselindung menyatakan sokongan terhadap Selangor FC berhubung isu yang melanda pasukan tersebut, baru-baru ini.

Sokongan terbuka itu dinyatakan Muhammad Sanusi menerusi satu hantaran di Facebook tengah malam tadi dan beliau turut berkongsi status seorang individu, yang memaparkan imej janaan AI penyokong dan pemain Selangor serta lirik lagu Merah Kuning (Lagu bola sepak Selangor).

Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, beliau percaya Selangor FC tidak bersendiri dalam menghadapi dugaan yang berlaku.

"Mereka tidak sendirian, percayalah saya.

"Semua majoriti senyap rakyat Malaysia berdiri bersama Merah Kuning. Daulat Tuanku," katanya dalam perkongsian tersebut yang menggunakan bahasa Inggeris.

Status itu nyata menarik perhatian banyak pihak dan majoriti pengikut beliau di Facebook turut menyatakan kebersamaan mereka terhadap Selangor FC.

Namun terdapat juga pihak yang melemparkan kata-kata sinis dengan meminta Muhammad Sanusi terlebih dulu memberi perhatian terhadap Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini masih belum mempunyai penaja utama.

Selain perkongsian status tersebut, Muhammad Sanusi menerusi satu lagi akaun Facebook turut berkongsi kenyataan akhbar Sultan Selangor berhubung rasa murka baginda terhadap isu berkenaan, kelmarin.

Isu melibatkan Selangor FC mula 'panas' apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi satu kenyataan pada 25 Jun lalu mengenakan beberapa hukuman terhadap pasukan tersebut kerana tidak hadir pada perlawanan Sumbangsih menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, bulan lepas.

Hukuman dikenakan itu termasuklah denda RM100,000, pemotongan tiga mata dalam Liga Super 2024/2025, pembayaran pampasan kepada JDT selaku pasukan tuan rumah dan MFL serta tiada kemasukan penonton pada perlawanan ke-14 menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sehubungan itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dan amat dukacita dengan keputusan tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku terutamanya dalam kes melibatkan Faisal Halim serta beberapa pemain profesional lain.

Berikutan titah baginda itu, MFL semalam mengeluarkan kenyataan menggunakan 'budi bicara' untuk mengubah hukuman berkenaan sebagai tanda menjunjung kasih serta menghormati titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menerusi keputusan terbaru itu, denda terhadap Selangor FC dikurangkan daripada RM100,00 kepada RM60,000 manakala pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super, dibatalkan.

Badan itu turut membatalkan larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya namun bayaran pampasan kerugian kepada JDT dan MFL, dikekalkan dengan jumlahnya masih belum ditetapkan. - Getaran, 28 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

3

Sukan 2 hari yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

4

Sukan 2 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Semasa 18 jam yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM