web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Sukan Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2024 8:11AM

Penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat (empat, kanan) menggagalkan percubaan pasukan Terengganu FC pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) membelasah Sabah FC 4-0 pada saingan suku akhir pertama Piala FA 2024/2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan TFC yang juga finalis Piala FA 2022 membawa bekalan selesa ke tempat lawan pada aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 6 Julai depan.

Anak buah Tomislav Steinbruckner mengejutkan pasukan pelawat menerusi gol pembukaan Manuel Ott yang menolak masuk bola hasil hantaran Muhammad Safawi Rasid seawal minit kesembilan.

Ott kemudian membantu jaringan Ismaheel Akinade pada minit ke-37 bagi menceriakan lebih 15,000 penyokong skuad Penyu.

Lima minit berselang, gawang Sabah bocor lagi menerusi rembatan deras Marin Pilj dari dalam kotak penalti disusuli jaringan kedua Akinade pada minit ke-48.

Dalam satu lagi aksi, Kedah Darul Aman (KDA) FC membawa bekalan tipis untuk aksi separuh akhir kedua apabila mengatasi Penang FC 1-0 di Stadium Bandaraya di Pulau Pinang.
Pemain tengah gantian Mohamad Hasbulllah Abu Bakar muncul penyelamat apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-73 setelah penjaga gol Penang FC Sikh Izhan gagal menangkap kemas tendangan kapten pasukan KDA FC Sony Norde.

Pasukan pelawat menambah jaringan dua minit kemudian menerusi pemain import Ebenezer Assifuah namun gol itu dibatalkan pengadil perlawanan Ahmad Zuhaidi Dzulkifli kerana ofsaid.

Aksi timbal balik kedua-dua pasukan akan berlangsung pada 5 Julai ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Piala FA: JDT Laung Amaran, Sabah Berpesta Gol Di Likas

2

Sukan 1 bulan yang lalu

TFC Di Kedudukan Teratas Liga, Benam Kelantan 3-0

3

Sukan 6 bulan yang lalu

Piala Malaysia: Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

4

Sukan 11 bulan yang lalu

JDT Pertahan Kejuaraan Piala FA, Atasi Taktik Bertahan KL City

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu