web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Sukan Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Dec 2023 10:11AM

Sebahagian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) bersorak sebelum menaiki bas di Stadium Larkin bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kira-kira 109 bas yang dianggarkan membawa lebih 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dari negeri ini berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC), malam ini.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT, Mohd Fadzli Sapie berkata, dianggarkan 600 penyokong dari Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Larkin di sini, berlepas jam 8 pagi tadi.

"Selain di Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos) terdapat bas-bas dari tempat lain yang akan sama-sama ke SNBJ untuk memberikan sokongan nanti.

"Kami telah sampaikan taklimat kepada penyokong terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah di sana nanti dan untuk final kali ini kami yakin JDT akan menang 3-0," katanya kepada pemberita di pekarangan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, hari ini.

Sementara itu, rata-rata penyokong tegar JDT yang ditemui yakin pasukan kesayangan mereka akan sekali lagi membawa pulang Piala Malaysia ke selatan tanah air tahun ini.

Kamariah A. Kadir, 48, yang tiba seawal 5.45 pagi berkata, dia menjangkakan skuad Harimau Selatan mampu menang sekurang-kurangnya 2-1.

"Saya sentiasa bersemangat dan saban tahun saya dan rakan-rakan akan bersama-sama ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan JDT," katanya.

Seorang lagi penyokong JDT, Mohd Nordin Md Don , 42, berharap kemenangan akan berpihak kepada skuad bimbingan Esteban Solari itu, memandangkan rekod baik pasukan sepanjang musim ini.

"Semuanya demi JDT .. kali ini saya lagi bersemangat kerana saya bawa dua anak lelaki berusia lapan dan lima tahun untuk bersama-sama merasai pengalaman, sekali gus meraikan kemenangan pasukan bola terhebat di negara ini," katanya yang juga seorang pekerja swasta.

JDT, juara tiga kali Piala Malaysia dalam misi mempertahankan kejuaraan, sekali gus menambah koleksi piala selepas muncul juara Liga Super dan Piala FA musim ini, manakala TFC memburu kemenangan kedua Piala Malaysia selepas melakukannya pada 2001. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 2 bulan yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki