web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2024 8:48AM

Dua pemain Kedah Darul Aman FC cuba menyekat kemaraan pemain JDT Bergson Da Silva pada perlawanan separuh akhir pertama Piala di Stadium Darul Aman malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jaringan pemain gantian Romel Morales pada saat akhir memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai kelebihan tipis selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

Sebaik perlawanan dimulakan JDT tidak sedikitpun gentar menjadi pasukan pelawat apabila terus mengasak dengan percubaan Bergson Gustavo pada minit ke-18 namun gagal disempurnakan sebelum Oscar Arribas membuka akaun pada jaringan minit ke-24.

KDA FC kemudian membuat beberapa percubaan berbahaya dalam usaha menumpaskan benteng pertahanan Hector Pablo Bidoglio namun berjaya dihidu pasukan pelawat sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua perlawanan, anak buah Mohd Nafuzi Mahammad Zain melancarkan serangan bertali arus namun kawalan ketat JDT membuatkan KDA FC seolah-olah 'digari' mereka sehinggalah Habib Haroon meledak gol penyamaan pada minit ke-87.

Belum sempat KDA FC merasai kegembiraan, JDT terus melenyapkan harapan penyokong tuan rumah apabila Morales menjaringkan gol kemenangan pelawat pada minit perlawanan ke-90+9 dan memastikan juara bertahan itu memiliki bekalan tipis pada aksi timbal balik di laman sendiri di Stadium Sultan Ibrahim pada 3 Ogos depan.

Sementara itu, Terengganu FC (TFC) membawa bekalan tipis bertandang ke Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selepas meraih kemenangan 3-2 ke atas Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Kuala Terengganu.

Awal babak pertama menyaksikan pasukan pelawat lebih agresif mengasak kubu tuan rumah namun TFC yang ditekan bangkit mengatur serangan balas dan berjaya membuka gol pembukaan menerusi Muhammad Safawi Rasid yang menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-30.

Selang lima minit kemudian giliran Nurillo Tukhtasinov pula menggandakan jaringan tuan rumah namun kegembiraan lebih 31,000 penyokong skuad Penyu tidak bertahan lama apabila penyerang import kelahiran Belanda, Alvin Fortes meledak gol pertama The Red Giants pada minit ke-39.

Pasukan pelawat yang semakin mendapat rentak kemudiannya hanya memerlukan sembilan minit (minit ke-48) untuk menyamakan kedudukan menerusi Noor Al- Rawabdeh yang melakukan rembatan cantik dari luar kotak penalti sebelum skuad Penyu kembali mendahului dengan 3-2 pada minit ke-70.

Gol ketiga TFC dijaringkan oleh penyerang kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade hasil hantaran Tukhtosinov.

Pada akhir babak permainan tuan rumah memperoleh beberapa peluang keemasan untuk membawa bekalan selesa ke Stadium MBP) pada 3 Ogos depan namun gagal melakukan penyudahan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024