web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Hotel Transit Lapangan Terbang Mewah Pertama Di Malaysia Kini Beroperasi

CapsuleTransit MAX di KLIA2 menyediakan 46 katil premium, ruang istirahat, spa, dan kemudahan gimnasium yang lengkap.

Jelajah Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2024 11:10AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CapsuleTransit MAX, sebuah hotel butik premium dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) kini telah pun mula beroperasi.

Dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada 3 September lalu, ia menjanjikan pengalaman penginapan transit yang luar biasa untuk pengembara tempatan dan antarabangsa.

Anthony Loke Siew Fook pada majlis pelancaran CapsuleTransit MAX
Anthony Loke Siew Fook pada majlis pelancaran CapsuleTransit MAX

CapsuleTransit MAX (singkatan kepada Malaysia’s Authentic eXperience) menawarkan kemudahan setaraf hotel 5-bintang dengan 46 katil premium, ruang istirahat, spa dan kemudahan gimnasium yang lengkap, di landside KLIA2.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CapsuleTransit, Ryan Loo berkata CapsuleTransit MAX menggabungkan elemen kemewahan, warisan budaya dan sentuhan moden untuk memberikan pengalaman penginapan yang unik dan tidak dapat dilupakan.

“Bagi menawarkan ‘Malaysia’s Authentic eXperience’ yang sebenar, MAX direka untuk memperkenalkan tetamu kepada kekayaan budaya Malaysia serta menampilkan bakat terbaik tempatan.

“Ruang dan suasana di MAX direka dengan teliti oleh Blu Water Studio, firma reka bentuk terkenal yang memenangi anugerah antarabangsa, untuk menggambarkan bakat dan kreativiti Malaysia. Dengan kerjasama artis digital terkemuka Abdul Shakir, kami telah menyuntik pesona Malaysia dalam setiap sudut MAX.

“Di samping itu, kami juga berkolaborasi dengan beberapa jenama tempatan yang terkenal seperti Acaya, APOM, Ana Tomy, Pestle & Mortar Clothing (PMC dan Typical Us untuk menampilkan hasil kraf tempatan yang autentik, menjadikan pengalaman menginap di hotel ini benar-benar istimewa,” katanya.

Sebagai hotel kapsul premium yang pertama di KLIA2, Loo menjelaskan bahawa CapsuleTransit MAX bukan sekadar tempat untuk berehat. Ia direka untuk meningkatkan keselesaan dan kemudahan semasa transit, memastikan setiap perjalanan menjadi lebih lancar dan menyenangkan.

Ruang istirahatnya, yang merupakan ruang rehat pertama di lapangan terbang yang menyediakan hidangan berasaskan tumbuhan, menyediakan pelbagai hidangan panas berasaskan tumbuhan, kudapan ringan tanpa had, serta minuman tanpa alkohol.

CapsuleTransit MAX menawarkan bilik yang serba lengkap dengan katil yang selesa, kemudahan moden, dan privasi untuk memastikan tetamu dapat berehat dengan selesa. Bilik eksekutifnya turut dilengkapi dengan tab mandi panjang, satu ciri yang jarang ditemui di hotel lapangan terbang.

Ciri-ciri unik lain di hotel ini termasuk "runway suite" yang menarik dan tiada tandingan, gimnasium lengkap yang pertama dalam terminal lapangan terbang, dan kemudahan mandian wap untuk memberikan pilihan kesihatan eksklusif kepada para tetamu sepanjang penginapan mereka. Business Club pula menyediakan kemudahan bilik mesyuarat, bilik persidangan, dan ruang acara.

“Kami menyediakan pelbagai kemudahan yang memenuhi keperluan pelancong sama ada untuk berehat dan bersantai atau melaksanakan urusan rasmi, memastikan setiap tetamu meninggalkan hotel ini dengan penuh kepuasan,” kata Loo.

CapsuleTransit MAX turut mempunyai sudut khas bagi barangan cenderahati eksklusif, menampilkan koleksi produk terpilih yang mempamerkan hasil seni dan jenama terbaik Malaysia, memberikan peluang unik kepada pengembara dan pelancong untuk membawa pulang sebahagian daripada warisan seni Malaysia.

“Daripada barangan merchandise yang dipilih khas sehingga ke perabot tempatan yang kami gunakan, MAX mempamerkan hasil seni dan kreativiti Malaysia yang terbaik.

“CapsuleTransit telah melangkah jauh sejak penubuhan kami pada tahun 2014. Kami amat berbangga untuk melancarkan usaha terbaru kami dengan hotel transit 46 bilik di KLIA Terminal 2.

“Pelancaran ini menekankan komitmen kami untuk menyambut pengembara dan pelancong dari seluruh dunia dengan mesra, dan kami berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama di Asia,” tambah Loo pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini.

Turut hadir semasa majlis pelancaran tersebut adalah Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Hani Ezra Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls, Selena Chua dan tetamu jemputan.

Ditubuhkan pada tahun 2014 bersempena dengan pembukaan KLIA Terminal 2, CapsuleTransit memulakan perjalanannya dengan hanya menyediakan 79 katil. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi bilik penginapan di lapangan terbang.

Pada tahun 2018, CapsuleTransit telah meningkatkan kapasitinya kepada 204 katil di KLIA Terminal 2 (Landside), diikuti dengan tambahan 70 katil di KLIA Terminal 2 (Airside) pada tahun 2019.

Pada Jun 2023, CapsuleTransit terus berkembang dengan menambah 24 katil di KLIA Terminal 1 (Landside) untuk meningkatkan keselesaan pengembara, diikuti dengan pelancaran CapsuleTransit MAX pada hari ini.

Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, CapsuleTransit akan terus bekerjasama dengan MAHB untuk menambah kira-kira 200 katil lagi bagi meningkatkan pilihan penginapan untuk pengunjung. – Getaran, 14 September, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tindakan Pulang Saat Akhir Punca Ribuan PATI Terkandas Di KLIA2

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Pengarang Urusan Bernama Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara