web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tindakan Pulang Saat Akhir Punca Ribuan PATI Terkandas Di KLIA2

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jun 2022 4:45PM

Hamzah Zainudin - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lambakan pekerja asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini, berpunca daripada tindakan mereka yang memilih untuk pulang ke negara asal pada saat akhir, di bawah program Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, biarpun program itu dilaksanakan kerajaan bagi memberi peluang kepada PATI untuk pulang secara sukarela, tetapi ada antara mereka tidak berbuat demikian sejak awal.

“Mereka pun dah tahu patut (tempoh akhir) pulang hari ini. Tiba-tiba hari ini rush (bergegas) nak ke lapangan terbang, ini kesalahan juga.

“Kalau lepas jam 12 tengah malam ini, mereka akan dianggap melakukan kesalahan (tidak melepasi waktu ditetapkan),” katanya pada sidang di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Ditanya mengenai PATI didakwa ditipu ejen yang menjanjikan mereka penerbangan balik ke negara asal, Hamzah berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja bagi kesalahan itu.

“Sesiapa yang melakukan kesalahan akan kita ambil tindakan. Sama ada orang luar atau warganegara kita sendiri yang ambil kesempatan terhadap mangsa,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan ribuan pekerja asing yang mahu kembali ke negara asal mereka hari ini, terkandas di KLIA2.

Keadaan tersebut berlaku dipercayai selepas mereka gagal mendaftar masuk di balai pelepasan tepat pada masanya.

Situasi sama turut berlaku di pintu keluar masuk di Johor dengan ada yang terpaksa menunggu lebih tiga hari bagi mendapatkan giliran serta membuat pembayaran kepada Jabatan Imigresen (Imigresen).

Pelan Rekalibrasi PATI dilaksanakan bermula 16 November hingga 30 Jun 2021.

Dalam perkembangan berasingan, Hamzah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melakukan operasi besar-besaran bagi memburu majikan yang mengambil pekerja asing tanpa dokumen sah.

“Mereka yang dah bayar untuk program pulang (Pelan Rekalibrasi PATI) saya ingin maklumkan kepada mana-mana majikan yang menggaji pekerja tanpa dokumen sah mengikut pendaftaran Imigresen, KDN akan melakukan operasi besar-besaran.

“Operasi itu bagi memastikan mereka yang benar-benar mahu duduk di negara ini untuk mencari pekerjaan secara sah, berdaftar dengan kita termasuk mempunyai pasport.
“Ini bagi membolehkan kalau mereka melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Imigresen, kita boleh tangkap. Apabila ditangkap dan diletakkan di pusat tahanan, jangan disalahkan pihak Imigresen,” katanya. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 5 hari yang lalu

Hotel Transit Lapangan Terbang Mewah Pertama Di Malaysia Kini Beroperasi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anak Hamzah Zainudin Didakwa Terima Rasuah RM100,000

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tahanan Lolos: Baki 30 PATI Masih Diburu - Ruslin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 13 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan