web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tahanan Lolos: Baki 30 PATI Masih Diburu - Ruslin

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 9:00PM

Ruslin Jusoh - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  - Jabatan Imigresen (JIM) sedang berusaha memburu baki 30 pendatang tanpa izin yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Sementara migresen Bidor, Perak pada 1 Februari lepas.

Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh berkata mereka dipercayai mash berada sekitar Perak, iaitu dalam kalangan komuniti mereka.

"Kita masih mengesan baki 30 orang berkenaan dan kita percaya mereka sudah berada dalam masyarakat mereka. Kita laksana operasi ke kawasan penempatan warga asing khususnya Rohingya iaitu operasi masih menjadi keutamaan kita.

"Setiap kali operasi dilakukan di penempatan warga asing, semakan cap jari juga akan dibuat memandangkan kemungkinan mereka (tahanan) sudah berada dalam masyarakat dan sukar untuk buat pengecaman wajah, katanya kepada BERNAMA dalam satu temu bual khas di sini hari ini.

Pada 1 Februari lepas, sejumlah 131 pendatang tanpa izin telah melarikan diri dari blok lelaki depot tahanan itu dan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia apabila terlibat dalam nahas jalan raya.

Daripada jumlah tahanan yang melarikan diri itu, 115 merupakan etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Ditanya mengenai status pengoperasian Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Ruslin berkata depot berkenaan masih ditutup buat sementara manakala JIM dalam proses akhir untuk mendapatkan laporan serta cadangan berkenaan hala tuju depot itu.

Beliau berkata Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan agensi penguat kuasa lain juga telah mengadakan lawatan ke depot berkenaan bagi tujuan memberikan maklum balas berkenaan hala tuju itu.

"Kesemua ini akan dijadikan sebagai asas untuk kita bawa syor mungkin pada Mac ini kepada Kementerian Dalam Negeri.

"Kes Bidor ini kita akan jadikan sebagai tindakan penambahbaikan aspek keselamatan dan akan diperluas ke depoh lain sekiranya ada keperluan," kata Ruslin.

Dilaporkan selepas insiden berkenaan, seramai 435 pendatang tanpa izin yang berada di depot berkenaan telah dipindahkan ke enam depot tahanan antaranya Machap di Melaka, Lenggeng di Negeri Sembilan, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Kemayan di Pahang dan Langkap di Perak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

3

Semasa 6 bulan yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 Pegawai JIM, 2 Orang Awam Ditahan Bantu Warga Asing Masuk Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki