web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 4:42PM

PATI yang disyaki bertindak sebagai ‘transporter’ diperiksa ketika operasi - Gambar JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket penyeludupan manusia tumpas, susulan penahanan lapan pendatang asing tanpa izin Bangladesh.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua mereka ditahan menerusi Operasi Khas kelmarin, di sebuah kediaman di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Menurut beliau, operasi yang bermula jam 7.02 malam itu melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

“Berdasarkan maklumat diterima, pasukan operasi telah diatur gerak ke premis kediaman dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek secara mencurigakan di lot parkir premis. 

“Suspek yang memandu kenderaan tersebut mula memecut setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi berjaya dipintas,” katanya.

Ruslin Jusoh - Gambar fail
Ruslin Jusoh - Gambar fail

Jelas Ruslin, pemeriksaan dilakukan berjaya menahan seorang lelaki Bangladesh yang disyaki bertindak sebagai ‘transporter’ berusia lingkungan 33 tahun dan dua PATI lelaki, juga dari Bangladesh. 

“Hasil siasatan awal, pasukan operasi telah memeriksa premis kediaman dan menahan lima lagi PATI lelaki warganegara Bangladesh.

“Kesemua warganegara asing yang ditahan berusia lingkungan 21 higga 38 tahun,” katanya.

Beliau memberitahu, kesemua warganegara asing yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini. 

“Pasukan operasi juga merampas 10 naskhah pasport Bangladesh, tiga unit telefon bimbit, wang tunai sebanyak RM500.00 dan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipercayai untuk mengangkut PATI. 

“Modus operandi sindiket adalah dengan membawa PATI terutamanya warganegara Bangladesh yang ingin mencari peluang pekerjaan secara haram di negara ini dengan menaiki pesawat dari Bangladesh ke Vietnam, dan dari Vietnam, PATI akan dibawa menaiki kereta ke Thailand,” katanya.

Antara PATI yang ditahan - Gambar JIM
Antara PATI yang ditahan - Gambar JIM

Ruslin menarik perhatian, PATI seterusnya dibawa menaiki bot dari Thailand untuk ke Kelantan dan ‘transporter’ warga tempatan akan membawa PATI ke premis kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dengan menaiki kereta. 

“PATI akan dihantar ke lokasi yang dipilih sendiri setelah selesai membuat bayaran kepada agen warganegara Bangladesh yang berada di Malaysia. 

“Hasil siasatan awal juga mendapati, sindiket mengenakan bayaran sebanyak RM13,000 hingga RM21,000  bagi setiap seorang PATI dan telah beroperasi selama dua bulan,” katanya.

Tegas beliau, suspek yang bertindak sebagai ‘transporter’ itu ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala warganegara asing yang lain ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. 

“Kesemua PATI ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut. Jabatan Imigresen Malaysia komited untuk membanteras sindiket penyeludupan manusia dalam menguatkuasakan undang-undang demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

“Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 2 bulan yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Pegawai JIM, 2 Orang Awam Ditahan Bantu Warga Asing Masuk Malaysia

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Tahanan Lolos: Baki 30 PATI Masih Diburu - Ruslin

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 5 jam yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

Beliau menggantikan Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Politik 1 hari yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight