web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2024 9:33PM

M Saravanan (kanan) bersama Vigneswaran Sanasee - Gambar MIC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan Datuk Seri Dr M Saravanan memenangi jawatan Timbalan Presiden MIC tanpa bertanding membuktikan kewibawaan beliau dalam membantu mengemudi parti.

Ketua Pemuda MIC, Arvind Krishnan berkata, kesepakatan ahli untuk sebulat suara memilih Saravanan jelas menunjukkan kepimpinan beliau amat diperlukan.

Menurutnya, Saravanan diibaratkan sebagai tonggak kedua parti selepas Presiden, Tan Sri Vigneswaran Sanasee.

“Kemenangan tanpa bertanding ini adalah petunjuk jelas bahawa ahli amat memerlukan gandingan Vigneswaran-Saravanan untuk membawa parti ke tahap lebih baik.

“Walau apapun pandangan sinis pihak lain, hakikatnya MIC masih relevan untuk komuniti India tempatan,” katanya kepada Getaran.

Arvind Krishnan - Gambar Facebook
Arvind Krishnan - Gambar Facebook

Saravanan diumumkan sebagai Timbalan Presiden untuk penggal 2024-2027 hari ini.

Pemilihan jawatan lain untuk pucuk pimpinan MIC akan diadakan 6 Julai depan dan menyaksikan pertembungn beberapa nama besar.

Antaranya ialah jawatan Naib Presiden yang menyaksikan pertarungan antara empat calon iaitu Datuk T Mohan, Datuk T Murugiah, Datuk M Asojan dan Datuk R Nelson. 

Dalam perkembangan berkaitan, Arvind berkata, beliau optimis barisan  kepemimpinan MIC akan berusaha keras memperjuangkan nasib dan hak kaum India negara, selaras dengan prinsip diterapkan Kerajaan Madani.

“Saya mewakili jentera pemuda sudah lama bersedia untuk mewujudkan pasukan yang kukuh dan dinamik untuk parti dan rakyat.

“Ini ialah tugas besar dan berat nakun dengan kerjasama semua pihak, saya yakin amanah ini mampu digalas dengan baik,” katanya. - Getaran, 22 Jun 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 7 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi