web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 1:05PM

Sultan Nazrin berkenan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazin Shah berkenan berangkat merasmikan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A fifullah Shah dan Raja Di Hilir Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A fifullah Shah.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada 11.08 minit pagi disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin.

Hadir sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Pada majlis itu Sultan Nazrin berkenan melafazkan lafaz perasmian dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian klinik berkenaan.

Sementara itu Dr Dzulkefly dalam sembah ucapannya berkata bangunan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar itu dibina menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos keseluruhan RM20.75 juta ringgit dan beroperasi sejak 4 Januari 2021.

Beliau berkata klinik itu menyediakan perkhidmatan kesihatan primer meliputi mukim Kota Lama Kiri, mukim Kota Lama Kanan, mukim Sayong dan mukim Senggang; dengan anggaran populasi 60,000 orang.

"Klinik ini menyediakan perkhidmatan yang holistik melalui perkhidmatan pesakit luar dan kecemasan; perkhidmatan kaunseling oleh Pegawai Psikologi; makmal perubatan; farmasi; perkhidmatan X-Ray dan rehabilitasi.

"Dua orang pakar perubatan keluarga telah ditempatkan di klinik ini bersama 111 anggota pelbagai jawatan; berserta seorang pakar periodontik bersama 37 anggota pelbagai jawatan untuk Klinik Pergigian," katanya.

Dr Dzulkefly berkata Klinik Kesihatan Kuala Kangsar memainkan peranan penting dalam transformasi penyampaian kesihatan primer dan sejak mula beroperasi, jumlah pengunjung telah meningkat daripada jumlah kira-kira 300 hingga 400 orang sehari pada tahun 2021, kepada 500 hingga 700 orang sehari tahun lepas.

Beliau berkata perkhidmatan di luar fasiliti turut disediakan bagi meningkatkan capaian kumpulan tertentu; iaitu melalui pasukan kesihatan, sekolah, dan pasukan penjagaan domisiliari bagi mereka yang memerlukan penjagaan di rumah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ketegasan Kerajaan Cegah Rasuah Isyarat Penting Pupuk Persekitaran Perniagaan Telus, Adil - Sultan Nazrin

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Henti Cari Keburukan, Sebar Fitnah Dan Aib - Sultan Nazrin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi