web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Henti Cari Keburukan, Sebar Fitnah Dan Aib - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 1:43PM

Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat pada Istiadat kawalan kehormatan di Istana Iskandariah, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah perbuatan mencari keburukan, mengaibkan, menyebar fitnah dan konspirasi menjatuhkan antara satu dengan lain perlu dihentikan agar negara lebih tenteram dan rakyat hidup lebih sejahtera.

Baginda bertitah perasaan kemanusiaan dan keinsanan harus digabungkan dan dijelmakan secara kata-kata dan perbuatan.

“Allah mencipta manusia memiliki hati. Hentikan perlumbaan mencari keburukan, hentikan perbuatan aib mengaibkan,  hentikan kerja-kerja menyebar fitnah, hentikan usaha meruntuh dan memusnahkan, hentikan konspirasi jatuh menjatuhi agar dunia lebih aman, negara lebih tenteram dan rakyat hidup lebih sejahtera,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Berangkat sama ke istiadat itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Demi kemakmuran Perak dan kesejahteraan rakyatnya, Sultan Nazrin menitahkan menteri besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan menjunjung setia kepercayaan baginda dan tidak mengecewakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

“Memahami denyut jantung dan denyut nadi rakyat jelata serta keupayaan secara arif mentakrif pelbagai peristiwa yang berlaku di serata negara dan di seluruh dunia, juga keupayaan mengenal pasti kebenaran yang hakiki, merupakan satu tanggungjawab berat.

“Rakyat jangan terus dibiarkan menampi nyiru harapan, sedangkan janji tidak berisi. Harapan rakyat yang mahukan pemerintahan yang berlandaskan undang-undang, berintegriti, bersih rasuah dan tidak menyalahgunakan kuasa, hendaklah direalisasikan secara bersama,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah tanggungjawab itu harus direalisasikan bersama oleh ahli-ahli Dewan Negeri, hakim, ulama, umara, Angkatan Tentera, Polis Diraja Malaysia dan badan-badan beruniform.

“Demikian jua seruan beta kepada pihak swasta, badan-badan sukarela, badan-badan kebajikan, pertubuhan-pertubuhan belia, badan-badan sukan serta rakyat keseluruhannya, agar saling bekerjasama memperlengkap usaha-usaha pembangunan yang dirintis oleh kerajaan beta,” titah baginda. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 3 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah