web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2024 9:21AM

Mangsa dikatakan diganggu secara seksual ketika sedang mendapatkan rawatan - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika negara berdepan masalah kekurangan petugas kesihatan termasuk doktor, ada pula yang dikesan terbabit dengan jenayah.

Senario ini pastinya menjejaskan sistem kesihatan, apatah lagi jika ia berlaku di hospital atau klinik daerah yang jumlah petugasnya lebih kecil berbanding bandar besar.

Terbaru, seorang doktor dicekup selepas melakukan gangguan seksual ke atas seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, mangsa telah membuat aduan pada jam 9.14 malam, 4 Jun lalu.

Menurut beliau, laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Bota, yang terletak di bawah bidang kuasa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.

“Menurut mangsa, dia telah diganggu secara seksual oleh seorang doktor lelaki semasa mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Changkat Melintang,” katanya.

Hafezul Helmi Hamzah - Gambar IPD Perak Tengah
Hafezul Helmi Hamzah - Gambar IPD Perak Tengah

Jelas Hafezul Helmi, sepasukan pegawai dari IPD Perak Tengah yang bertindak atas maklumat telah menahan mangsa pada jam 2 petang, 5 Mei lalu.

“Saspek telah direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil ketika ini,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013 9740294.

Sekadar info, kes serangan atau gangguan seksual melibatkan petugas perubatan khususnya doktor bukan perkara baharu di Malaysia.

Mac lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan siasatan ke atas seorang doktor kanan yang didakwa sering melakukan gangguan seksual di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak.

Sebelum itu, seorang doktor di Hospital Tuanku Ja’far (HTJ), Seremban turut berdepan siasatan kerana didakwa melakukan gangguan yang sama. - Getaran, 7 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah