web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 8 jam yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2024 7:52PM

Kesemua tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Tiga pembantu pelajar sebuah madrasah di Kuala Pilah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima kanak-kanak pada 2022 dan 2023.

Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21, Muhammad Khunais Fathie Khabil, 20, dan Ahmad Nadzful Izham Azizan, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Muhammad Habib Noh berdepan lima pertuduhan termasuk satu pertuduhan iaitu membuat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun melakukan sentuhan fizikal secara seksual terhadap dirinya iaitu kesalahan di bawah Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKKSTKK 2017).

Dia juga didakwa melakukan sentuhan seksual fizikal terhadap dua lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 11 tahun, dengan kesemua kesalahan dilakukan di madrasah itu pada 2022 mengikut Seksyen 14 (a) AKKSTKK 2017.

Kesalahan-kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Muhammad Khunais Fathie pula berdepan enam pertuduhan amang seksual dengan melakukan sentuhan seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki yang sama berusia 10 dan 11 tahun di lokasi sama pada tahun lepas.

Ahmad Nadzful Izham juga didakwa dengan tiga pertuduhan yang sama terhadap dua kanak-kanak lelaki lain berusia 10 tahun di lokasi sama antara Jun hingga Disember tahun lepas.

Kesalahan berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (a) AKKSTKK 2017 yang turut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi, perlu melapor diri ke balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tertuduh boleh dihubungi pihak berkuasa pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, bapa kepada Muhammad Habib dan Muhammad Khunais Fathie serta abang Ahmad Nadzful Izham yang menjamin mereka memohon jaminan rendah dikenakan atas alasan tidak mampu membayar jaminan tinggi.

Hakim Surita kemudian membenarkan kesemua tertuduh dijamin RM12,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan yang dikemukakan Nurul Balkis, selain penjamin perlu memastikan tertuduh hadir ke mahkamah.

Mahkamah menetapkan 30 Oktober ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tiga suspek kes liwat yang ditahan dalam Op Global baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Minggu lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB Holdings dan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

4

Semasa 6 bulan yang lalu

27 Tapak Projek JENDELA Di Negeri Sembilan Siap Dibina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN