web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2024 8:01AM

Foto Roti Ikhwan yang sebelum ini didakwa menggunakan logo Halal palsu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gambar logo halal pada bungkusan Roti Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara ialah foto lama sewaktu produk tersebut dipersijilkan halal oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JaHEAIK).

Mengesahkan perkara itu, jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya dua hari lalu mendapati tiada penggunaan logo atau apa-apa ungkapan halal pada semua produk bakeri yang dihasilkan di premis tersebut.

Menurut beliau, pemeriksaan berkenaan turut melibatkan barisan pegawai JaHEAIK serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup negeri Kedah.

“Pemeriksaan penguatkuasaan tersebut telah diadakan di lokasi premis yang baharu iaitu beralamat di Jitra, Kedah.

“Ini kerana premis terdahulu yang beralamat di Kubang Pasu, Kedah sebagaimana tertera pada pek pembungkusan roti merupakan premis lama dan tidak lagi beroperasi,” katanya.

Jelas beliau, Sijil Pengesahan Halal bagi produk terbabit telah tamat tempoh pada 2017.

Foto Roti Ikhwan yang memiliki cop Halal tular di media sosial selepas isu dipercayai melibatkan pertubuhan tersebut terbongkar satu demi satu. 

Susulan penularan, jurucakap JAKIM dua hari lalu memberitahu, produk berasaskan roti di bawah jenama Roti Ikhwan tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Katanya, JAKIM mengambil perhatian serius terhadap pertanyaan yang diterima mengenai produk berkenaan.

“Semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk tersebut tiada memiliki sijil halal yang sah. 

“Perkara ini telah melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya. - Getaran, 17 September 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam