web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa Dikemaskini 1 hari yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2024 8:03AM

Abdul Halim Tawil - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kerajaan Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat yang menjadikan keseluruhan ajaran serta kegiatan difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam kepada 36 kumpulan.

Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata, lima kumpulan dan kegiatan itu ialah Ajaran dan Fahaman Irwan Bin Alias, Ajaran Suhaini Bin Mohammad atau Ajaran Si Hulk, Amalan Dan Kaedah Perubatan Encik Adam Bin Isa (Tabib Adam), penyelewengan Ajaran Risalah Bab Kesucian yang dibawa oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) serta kumpulan yang mengamalkan ajaran Kewajipan Berpegang Dengan Ahli Sunah Waljamaah.

"Semua lima ajaran dan kegiatan itu sudah dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan akan diwarta dalam tempoh terdekat.

"Kami (kerajaan negeri) tidak menolak kemungkinan ada dalam kalangan masyarakat di Melaka yang mengamalkan dan menjadi pengikut kepada kumpulan ajaran sesat kerana pergerakan kumpulan ini berlaku secara rahsia meskipun ajaran mereka sudah difatwakan haram kerana menyeleweng daripada akidah Islam," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata senarai ajaran yang difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka itu tertakluk di bawah Seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 yang dikemukakan oleh Mufti Melaka mengikut Subseksyen 36(3) serta mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam warta.

Warta terbabit katanya sudah dimaklumkan kepada kerajaan negeri mengikut subseksyen 36(6) sekali gus membolehkan fatwa itu disiarkan dalam warta di bawah subseksyen berkenaan dan Subseksyen 38(1).

"Kita nasihatkan seluruh umat Islam termasuk ahli keluarga kita sendiri jika terdapat sebarang perkara yang mencurigakan mereka perlu segera melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka supaya tindakan dapat diambil," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

3

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Reman 6 Suspek Sindiket Dadah Disambung 7 Hari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen