web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2024 6:40PM

Gambar JKM Melaka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka mengesahkan taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah ditutup susulan kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, Jumaat lepas.

Pengarahnya Halyjah Muhammad berkata tindakan lak (tutup) itu oleh tiga pegawai penyiasat dan lima anggota pasukan lak berkuat kuasa 5 petang semalam.

"Notis Pemberitahuan Tindakan Lak yang berkuat kuasa semalam diserahkan pasukan lak dan ditandatangani oleh pengusaha taska sebelum notis itu ditampal di pintu masuk dan kawasan sekitar premis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan taska berkendan tidak berdaftar dengan JKM dan masih dalam proses mendapatkan surat sokongan pendattaran.

Dalam kejadian 8 pagi Jumaat lepas, Muhammad Al Fateh Amri berusia lapan bulan meninggal dunia selepas pengasuhnya didakwa membedung, menyumbat botol susu, menutup muka dengan kain dan menekup bayi berkenaan dengan bantal.

Susulan itu, seorang wanita berusia 34 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Halyjah mengesahkan 27 taska di Melaka telah dikenakan tindakan sejak Ogos lepas kerana tidak berdaftar, dengan sembilan daripadanya telah dikenakan tindakan lak (tutup), kompaun (lapan), dalam tindakan kompaun (sembilan) dan sebuah taska didakwa di mahkamah.

"JKM juga mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi tujuan pemutihan taska tidak berdaftar serta mengadakan perbincangan dengan Persatuan Taska bagi memastikan mereka segera berdaftar.

"Bagi ibu bapa pula, mereka dinasihatkan agar menghantar anak mereka ke taska berdaftar bagi mengelakkan perkara tidak dingini berlaku, kerana terdapat pengusaha yang masih berdegil (beroperasi) kerana permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa," katanya.

Halyjah berkata setakat ini, sebanyak 137 taska berdaftar di Melaka Tengah, 101 di Alor Gajah dan 19 taska di Jasin membabitkan lebih 20,000 kanak-kanak.

"Pemantauan termasuk jadual harian dan menu terus dilakukan JKM secara berkala dengan senarai taska berdaftar boleh disemak dalam portal JKM manakala penyelia dan pengasuh wajib mempunyai sijil kelulusan Kursus Asuhan Permata (KAP)," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

2

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Reman 6 Suspek Sindiket Dadah Disambung 7 Hari

4

Budaya 6 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting