web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2024 8:07AM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pencemaran Sungai Rinting, Masai di sini dipercayai berpunca susulan kebakaran sebuah kilang di Seri Alam, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan siasatan selepas menerima aduan mengenai bangkai ikan ditemui terapung di permukaan dan bau air tercemar di sungai berkendan, petang semalam.

"Hasil siasatan awal mendapati ketika proses pemadaman dilakukan, sejumlah besar air telah digunakan dan menyebalbkan bahan sisa seperti debu dan serpihan dibawa masuk ke longkang sebelum mengalir ke sungai.

"Ini menyebabkan tahap keasidan air sungai meningkat (pH mencapai sembilan) sehingga mengakibatkan ikan mati," katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Katanya jabatan itu telah mengambil sampel bagi menjalankan siasatan lanjut dan sekiranya terdapat penemuan baharu, maka tindakan susulan akan diambil.

"Bagaimanapun, kejadian ini tidak berkaitan dengan insiden pencemaran yang terdahulu dan dianggap sebagai kes terpencil. Oleh itu, orang awam dinashatkan agar tidak panik atau mengaitkan kedua-dua insiden ini," katanya.

Untuk rekod, beberapa siri pencemaran bau dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di daerah ini antaranya Kampung Melayu Pandan, Taman Daya, Taman Istimewa, Taman Mount Austin, Kawasan Industri Desa Tropika, Kampung Maju Jaya, Kampung Tawakal dan Kampung Plentong Baru, sejak 3 September lepas.

Pada 11 September lepas, media melaporkan sebanyak 47 individu terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak termasuk murid sekolah mengalami gejala ringan akibat pencemaran bau yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Johor Bahru. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat