web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2024 8:15AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada ketika menyambut Maulidur Rasul tahun ini, umat Islam diingatkan untuk menangani perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab yang terbalk.

Beliau berkata masyarakat dan pemimpin, perlu mengikuti teladan Rasulullah SAW yang menonjolkan akhlak terpuji dan harus dicontohi, lebih-lebih lagi pada ketika masyarakat dunia melihat Malaysia sebagai contoh.

"Maka apa yang terbaik ialah cara kita menyampaikan risalah, cara pendakwah atau daie menyampaikan pesan, mesti berlandaskan kepada akhlak yang baik.

"Jika ada perbezaan pendapat pun dalam kalangan kita, kedudukan kita dalam komuniti atau organisasi mesti ada adab yang terbaik, dan adab menangani perbezaan ini ada yang berlandaskan tasawuf," katanya berucap pada Majlis Malam Cinta Rasul, di sini malam tadi. 

Ahmad Zahid menyeru rakyat pada ketika meraikan Maulidur Rasul untuk meningkatkan ukhwah dan melupakan perbezaan yang furuk sesama ummah.

Beliau dalam masa yang sama mengajak orang ramai untuk memberikan bantuan yang termampu kepada rakyat Palestin.

Malam Cinta Rasul dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M dihadiri kira-kira 50,000 orang, dimulakan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah.

Program itu turut disi dengan sesi tausiyah atau ceramah mengenai sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW yang disampaikan Mufti Selangor Datuk Anhar Opir, Mufti Pulau Pinang Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, Timbalan Mufti Sabah Datuk Abdul Manap Lakariba, serta ulama terkemuka Habib Ali Zainal Abidin.

Kemuncak sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW pada tahun ialah Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446 Hijrah, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. 

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis yang bertemakan 'Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI'.

Majlis itu yang akan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dijangka dihadiri 6,000 tetamu. - BERNAMA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad